Viral Keret4 Ini Dihias1 Sampah Sar4p, Ini Rupanya Punca Sebenar

Viral Kereta Ini Dihiasi Sampah Sarap, Ini Rupanya Punca Sebenar | Petaling Jaya – Satu video memaparkan sebuah kereta ‘dihias’ dengan sampah sarap dipercayai kerana parkir berlapis tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dilihat kenderaan tersebut telah menghalang kenderaan lain untuk keluar daripada tempat letak kenderaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk di kawasan itu.

Dipercayai kenderaan itu juga ditinggalkan dengan keadaan brek tangan yang tidak dilepaskan menyebabkan kereta itu tidak boleh digerakkan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menganggap itu satu pengajaran buat pemandu tersebut supaya tidak menghalang kenderaan lain.

“Ini semua pengajaran. Mesti dia akan ingat sepanjang hidup dia. Mungkin dia insaf untuk parkir berlapis lagi dan tarik brek tangan,” kata Tom.

“Dulu masa duduk dekat kawasan perumahan Shah Alam, selalu nampak kereta parkir berlapis yang tak tinggalkan nombor telefon kemudian tarik brek tangan ni, tingkap kereta mereka dipecahkan,” kata Diana.

“Tengok macam puas hati, tapi bila fikir semula sampah itu nanti buang di mana? Siapa yang akan kutip?,” soal Sam.

Sumber : Kosmo

pERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @myteam juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri