Tip Mudah Elak Tong Sampah Berbau & Berair, Alas Dengan Sarang Telur Saja

 

Tip Mudah Elak Tong Sampah Berbau & Berair, Alas Dengan Sarang Telur Saja

Memang geram bila kena kejadian begini di rumah sebab kita kena mop dan basuh tong sampah yang berair dan berbau ini.

Tong sampah tak penuh lagi tapi dah bau busuk. Ataupun nak buang sampah, waktu angkat plastik yang diikat menitis pula air yang busuk pada lantai.

Daripada kita buang sarang telur, boleh gunakan begini ya.

Untuk elak masalah ini dari berlaku boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Nur Husna Shaikhun. Caranya mudah sangat cuma guna sarang telur saja.

Guna sarang telur untuk elak tong sampah berbau dan berair

Sarang telur ini berfungsi untuk menyerap air sampah supaya tak menitis dan juga untuk menyerap bau busuk.

  1. Ambil sarang telur terpakai kemudian potong ikut saiz tong sampah.

Elak Tong Sampah Berbau

2. Masukkan plastik sampah dan lapik sarang telur yang dipotong tadi di dasar tong sampah.

Siap! Boleh dipraktikkan di rumah yaa.. Selamat mencuba!!!

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Nur Husna Shaikhun