Time bersalin, czer. Bila baby xpandai nyusu, rasa terlalu berdosa. Salahkan diri. Aku ibu yang gagal

 

 

 

Foto sekadar hiasan.

Hai. Lately ini aku rasa down. Tapi tak tau medium mana hendak aku lepaskan.

Bulan lepas aku selamat melahirkan baby pertamaku. Tapi secara emrgency czer. Aku tak sempat pun rasa sakit cntraction. Sebab doctor cakap jantung baby dah lemah. Terus aku dibawa ke OT.

Memang tak terfikir aku akan lalui semua ni. Hari hari aku doa yang aku dapat melahirkan anak secara normal. Tapi apa apa pun aku bersyukur semua selamat.

Apa yang aku nak luahkan ni sebenarnya stigma atau pandangan sinis masyarakat. Terutama kepada ibu ibu yang bersalin secara czer.

Ada yang kata sebab tak pandai teran. Ada yang cakap sebab banyak dosa dengan suami. Ada yang cakap rugi nya sebab tak dapat rasa bersalin normal. Ada yang cakap lembik. Kurang ke nilai seorang ibu bila tak ada rezeki melahirkan secara normal?

Czer pun still sakit dan kesan nya aku rasa sepanjang hayat. Aku tertanya tanya. Ibu yang melahirkan anak dikatakan dosa dosanya dihapuskan.

Tapi golongan ibu yang melahirkan secara czer ni tak dapat ke nikmat terhapus dosa tu? Sedih.

Aku sampai sekarang tak ada keberanian nak pandang cermin lagi lagi bahagian perut. Dengan buncit dan berparut panjang nya. Aku hilang diri aku yang dulu.

Lagi satu. Aku ada masalah penyusuan. Complicated nak cerita.

Diringkaskan baby aku tak pandai nyusu sampai menyebabkan berat badan dia turun mendadak. Aku pam tapi hasilnya satu sudu pun tak sampai. Last last susu aku kering.

Sedih. Aku terpaksa bagi susu formula pada baby aku.

Entah kenapa aku rasa terlalu berdosa. Lebih lebih lagi setiap kali saudara mara atau kawan kawan aku datang ziarah dan nampak aku bagi baby botol susu dan susu formula.

Susah nak describe perasaan tu. Dan susah nak explain satu satu. Kejam ke aku sebagai seorang ibu? Aku salahkan diri aku. Rasa terlalu teruk dan tak guna. Aku gagal jadi ibu yang baik.

Aku selalu doa Allah tak kira ini sebagai dosa aku, sebab tak dapat menyusukan baby aku.

Kadang kadang aku fikir, bagus juga musim c0vid ni so kurang aku perlu berhadapan dengan orang ramai dan ofcourse jauh dari ibu ibu yang akan kecam bila tau aku bagi anak aku susu formula.

Rasa down sangat sekarang ni. Aku tak suka orang duk tanya hal hal yang boleh menyebabkan aku trigger.

Aku cuma harap hentikan lah dari kecam or compare sapa lagi bagus antara satu sama lain. Masing masing ada bahagian dan cerita masing masing.

Rezeki orang lain lain. Kalau tak ada perkataan yang baik untuk diucap lebih baik diam.

Aku perhatikan masyarakat kita ni lebih lebih lagi golongan ibu ibu berlumba lumba untuk bersaing dan buktikan mereka paling bagus.

Contohnya wujud perbandingan ibu bersalin normal or czer, berat baby siapa paling berat masa dilahirkan (3kg ke atas), fully breastfeeding atau susu formula, ibu surirumah atau berkerjaya dan macam macam lagi.

Sudah sudahlah compare kan. Masing masing ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau awak direzekikan macam tu bersyukur lah dan tak perlu buat orang lain pulak jadi down.

Doakan aku ye semua untuk lebih kental dan tak cepat koyak. Aku pula direzekikan dapat baby yang high demand. Meragam 24 jam. Bertambah stres aku.

Kadangkala terlepas kemarahan pada baby. Aku rasa bersalah dan berdosa sangat. Gagalnya aku sebagai seorang ibu. Aku tak seperfect ibu ibu yang lain. Doakan aku ye semua….

Reaksi warganet

Emot Tey –
Jangan peduli cakap orang puan.

Syukur sebab Allah swt bagi rezeki anak.

Saya sekarang dalam pantang lepas anak (ke 2) di kandung 24 minggu meninggal dalam perut. Syukur sis anak hidup.

Saya 2 dah anak saya tak sempat tengok dunia sis. Saya ni masih belom ada rezeki anak hidup lagi.

Doakan saya eh.

Nur Hela –
Satu je benda yang awak gagal. Awak gagal abaikan kata kata orang.

“Terpaksa bagi susu formula”

Eh hina sangat ke susu formula ni ? Aku cukup meluat kalau dengan mak mak yang acah acah ibu susuan dari sorga nih. Takda sapa pun nafikan kebaikan susu ibu. Bahkan dekat packaging susu formula paling mahal pun ada tulis SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK BAYI. Semua orang tau.

Tapi benda dah takda nak buat camna. Nyusulah sampai pecah pun. Lepas tu nak str3ss pastu mula la d3press..

Hidayah Fuad –
Bab bersalin czer atau normal semua tu rezeki sis. Saya anak 3. Sulung dan 2nd normal. Yang ke 3 czer sebab baby breach. Orang kata masa solat, sujud lama lama nanti baby pusing. Doa banyak banyak nanti baby pusing. Tapi in the end Allah juga yg tentukan baby taknak pusing.

Bab penyusuan sis memang kena belajar. Ramai ibu beranggapan anak lahir nanti semua akn pandai mnyusu sndiri. Tak! Memang kena gali ilmu, join group support breasfeeding.

Saya belajar cara pegang baby untuk posisi mnyusu yang betul dari youtube. Good luck sis. Semua ibu sayangkan anak dan nak beri yang terbaik

Eidda Hisham –
Ye, nak menyusu memang kena belajar. Akak anak no 3 hari tu sebab senggang anak no 2 dan no 3 jauh jugak. Lupa macam mana nak menyusu, haha.

Tapi jururawat siap buat kelas masa akak di wad hospital. Jururawat tu memang pakar bab bab menyusu. Mereka lagi galakkan ibu ibu menyusu. Sebab bonding mak dan anak, plus susu ibu susu terbaik.

Kalau tak de sangat susu baru la dia suruh guna botol. Nak nak kalau baru jadi ibu buat kali pertama. Tapi awal awal nak menyusu anak sulung memang sakit giler. Sebab baru nak pecah untuk keluarkan susu ikut liang liang kulit tu. Tuhan je tau macam mana sakitnya mula mula nak menyusu. Ngeri bila ingat ingat balik, huhu.

Nur Humaira Yasmin –
Memang ada kes yang macam tu, di mana Perempuan sendiri compare compare. Katanya bersalin czer ni lemah, kurang pahala, yada yada. Abaikan je semua tu.

Lepas bersalin, seorang ibu akan mudah sensitif. Jadi puan akan lebih down bila dengar kata kata jahat ni. Puan bukan seorang ibu yang tak baik. Abaikan je dia orang cakap.

Baik follow facebook Dr imelda balchin. Dia explain banyak benda pasal ibu hamil, lepas bersalin dan baby. Jangan down ok. Orang yang kutuk orang lain ni ada masalah insecurity.

Aisy Naura –
Akak anak 4 sis. Masa anak first macam sis juga. Takut sangat nak kasi susu formula. Masuk group ibu ibu lagi lah, yang kasi susu formula dikecam, huhu.

Akak usaha lah pam banyak kali. Bangun awal pagi pump susu. Beli vitamin tambah susu (mahal namatey). Hmmm, macamtu jugak. Orang lain dapat 5-6 botol sehari, akak 3 botol pun susah. Anak mengamuk tak cukup susu, kite pun str3ss.

Then akak realize, rezeki susu melimpah ke sikit ke tu bahagian masing masing. Akak bukan direzekikan jenis susu melimpah ruah. Daripada akak str3ss fikir nak cukupkan stok yang susah nak cukup tu, baik akak fm saja.

Husband pun ok saja fm ke bf ke. Dia pun tengok akak pun dah miserable peneng pasai susu, haha. Tak berdosa pun, janji anak kite sihat cergas…

Sorry ya geng geng bf takkan setuju dengan akak. Tapi kalau rezeki akak jenis susu melimpah ruah akak pun takkan pilih fm. Hanya kite yang faham apa yang kite lalui. Akak pilih untuk happy dan taknak stress. So tak perlu fikir sangat apa orang cakap…

Sheila Rose Endut –
Sis, jangan banding kan diri dengan orang lain. Akak anak 1 je perempuan, sekarang dah 16 tahun. Dulu breast feed 2 bulan je. Lepas masuk kerja, hantar dekat pengasuh. Dia dah tak mau susu badan..

Now dia membesar dengan jaya nya cemerlang, sihat dan cantik. Alhamdulillah. Masa kecik kecik pun meragam sangat, hubby pulak jenis tak membantu kalau tido, tido mati hahha. Akak pernah campak botol susu atas muka hubby sebab stress tak larat nak bangun, hebe.

Kalau balik kampung bermalam malam tak leh tido sampai bawa jumpa ustaz bagai takut baby nampak apa apa, hehe.

So, pls not to worry very much. Just let your baby grows with your own ways Ok.

Sumber – Ms Ungu (Bukan nama sebenar) vi IIUMC