Tiada lagi bebanan… Murid tarik nafas lega isu beg berat selesai, lokar sekolah dipasang

DI sebalik tubuhnya yang kecil, Muhammad Amirul Amin terpaksa menggalas beg sekolah yang berat.

Begitulah realitinya melibatkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang perlu bersusah-payah setiap kali mahu ke bilik darjah.

“Beg saya besar dan berat kerana terlalu banyak buku yang perlu dibawa ke sekolah,” ujar murid Tahun Dua di SK Gombak Setia di Kuala Lumpur itu.

Namun kini, Muhammad Amirul boleh menarik nafas lega selepas masalah itu ditangani dengan sewajarnya.

Kementerian Pendidikan (KPM), pada 5 Oktober lalu melancarkan fasa pertama inisiatif lokar sekolah untuk murid Tahun Satu dan Dua.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada Mac lalu, yang mana inisiatif tersebut amat diperlukan dan dinanti-nantikan itu merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menangani isu beg sekolah berat dalam kalangan murid di Malaysia.

Radzi, semasa majlis penyerahan lokar di SK Gombak Setia baru-baru ini menyifatkan acara itu amat bermakna buatnya.

“Ini adalah antara inisiatif terbesar yang pernah dijalankan oleh kementerian,” katanya.

Fasa pertama inisiatif lokar sekolah yang dijangka siap pada akhir bulan ini akan memanfaatkan 626 sekolah dua sesi di seluruh negara dengan pemasangan 249,646 lokar.

Peruntukan sebanyak RM37.3 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif tersebut.

Fasa kedua dijangka bermula tahun depan, yang mana ia akan dilanjutkan kepada murid Tahun Empat, Lima dan Enam di sekolah dua sesi.

Masalah berat

Isu beg sekolah yang berat sebenarnya telah membelenggu murid-murid sejak bertahun-tahun.

Beg sekolah murid yang berat bukanlah isu baharu.

Mengakui ia bukanlah isu baharu, Radzi mendedahkan beliau dihujani laporan dan keratan akhbar mengenai murid yang dibebani dengan beg sekolah berat semasa awal perkhidmatannya di kementerian.

“Ia bukan isu baharu dan telah berlaku selama bertahun-tahun,” akui beliau sambil menjelaskan bahawa kementerian terpaksa menanggujkannya antara 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19.

“Apabila sekolah akhirnya dibuka semula, kita turun padang untuk mengetahui apa sebenarnya yang dibawa oleh pelajar dalam beg mereka,” kata Radzi.

Akui terkejut, Radzi berkata kementerian mendapati murid-murid membawa pelbagai barangan di dalam beg galas mereka.

“Selain buku teks, terdapat bekas makanan dan minuman, pertukaran pakaian untuk kelas agama, dan pelbagai buku latihan,” ujarnya lagi.

Satu kajian terperinci turut dijalankan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini, dengan pengumuman tujuh penyelesaian holistik bagi mengakhiri masalah berkenaan.

Penyelesaian

Salah satu daripadanya, sudah tentu inisiatif lokar sekolah untuk sekolah dua sesi.

“Bagi sekolah dengan satu sesi, murid boleh menyimpan buku mereka di dalam laci meja masing-masing,” jelas Radzi.

Langkah-langkah lain yang diambil termasuk penyusunan semula jadual waktu agar hanya tiga hingga empat mata pelajaran dibenarkan sehari dan memberi kelonggaran kepada sekolah untuk menyediakan jadual waktu mengikut sistem giliran mingguan.

“Apabila murid mempunyai banyak mata pelajaran dalam sehari, pastinya beg akan menjadi berat. Dengan mengurangkan subjek kepada antara tiga dan empat, kita dapat memastikan murid tidak terbeban dengan mempelajari terlalu banyak subjek dalam sehari,” jelas Radzi.

Yakin sistem penggiliran jadual waktu mingguan berupaya mengurangkan bilangan buku teks dan buku aktiviti yang dibawa murid ke sekolah setiap hari, beliau berkata, kementerian juga mengehadkan jenis buku aktiviti dan buku kerja yang digunakan murid untuk menangani isu beg sekolah yang berat.

“Berdasarkan pemerhatian kementerian, ada mata pelajaran tertentu yang mempunyai lima hingga enam buku latihan,” katanya sambil menambah terdapat murid yang membawa semua buku ke sekolah kerana tidak pasti buku mana yang akan digunakan semasa pelajaran.

Menurut belau, kementerian turut menerima buku teks digital dengan terus menerbitkan buku teks baharu dalam format digital.

Sambil memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa kementerian akan memantau sekolah dan guru bagi memastikan langkah-langkah ini dipatuhi, katanya kementerian juga akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik buat murid-murid.

file7n1kxdr3qltb60rcmdw

Inisiatif lokar sekolah pastinya memberi kemudahan kepada murid-murid.

Bagi murid, Muhamad Amirul, dia gembira kerana tidak perlu lagi membawa beg galas seberat itu ke sekolah.

Selain itu, dia mempunyai lokar peribadinya sendiri yang kelihatan cantik dan berkilat.

“Saya sangat teruja dengan lokar baharu saya,” katanya tersenyum.

Tujuh penyelesaian holistik

Kementerian Pendidikan mewujudkan beberapa pendekatan yang diyakini efektif untuk mengakhiri masalah beg sekolah berat dalam kalangan murid-murid.

Mengehadkan jenis buku aktiviti dan buku kerja.

Hanya buku aktiviti buku yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan boleh digunakan dalam pelajaran. Buku kerja hanya boleh digunakan sebagai rujukan atau bahan ulasan luar pengajaran dan masa belajar dalam sekolah.

Inisiatif lokar sekolah.

Di bawah fasa satu inisiatif lokar sekolah, sejumlah 249,646 loker akan disalurkan kepada 626 sekolah dua sesi di seluruh negara. Pemasangan semua loker di bawah fasa pertama perlu diselesaikan pada akhir Oktober. Fasa kedua projek itu dijangka dilancarkan tahun depan. Untuk sekolah satu sesi, murid akan menyimpan buku dalam laci meja masing-masing di bilik darjah.

Penyusunan semula jadual mingguan.

Sistem jadual waktu dengan hanya tiga ke empat mata pelajaran setiap hari, akan dilaksanakan. Sistem itu dipertimbangkan mengikut ketersediaan daripada guru dan sesi sekolah. Sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran mingguan.

Mengehadkan jumlah buku kerja.

Murid tidak wajah disuruh membawa lebih daripada dua buku untuk setiap satu subjek pada satu-satu masa. Setiap buku latihan juga tidak seharusnya melebihi 80 muka surat.

Akses buku teks digital

Penerbitan baharu daripada buku teks dalam format digital akan diteruskan. Sehingga kini, sejumlah 692 digital tajuk buku teks telah dimuat naik ke platform Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa). Murid dengan komputer riba boleh mengakses buku teks digital melalui platform DELIMa.

Adaptasi pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpusatkan murd.

Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid seperti tematik, modular dan berasaskan projek pembelajaran, makmal maya dan pembelajaran alternatif. PdP akan membolehkan murid belajar berdikari, sama ada secara individu atau berkumpulan, manakala secara berterusan menguasai ilmu. Aktiviti PdP dijalankan di luar bilik darjah seperti di taman sekolah, makmal sains dan makmal komputer bagi menarik minat murid.

Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Murid diberi kebebasan untuk memakai pakaian sekolah semasa Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

sumber’mstar