Terlampau Broken Putus Cinta, Lelaki Kacak Tersadai Tidur Di Reban Ayam

Dalam setiap percintaan, pasti akan ada dugaan yang perlu dilalui. Kadang-kadang hubungan yang dibina malah putus di tengah jalan jika tiada persefahaman. Tapi fasa untuk move on itu sangatlah menyakitkan dan sukar untuk diharungi.

Sedih sangatlah putus cinta…Sampai buat perkara-perkara pelik
Bukan mudah untuk melupakan kenangan-kenangan manis bersama yang tercinta, situasi sama terpaksa dilalui seorang pemuda ini setelah kisah percintaannya malah berakhir dengan perpisahan. Namun kekecewaan yang dihadapi membuatkan emosi lelaki tersebut ranap di luar jangkaan.

Akibat putus cinta, reban ayam jadi tempatnya lepaskan kecewa…
Ketiadaan pemuda tersebut di dalam rumah telah memaksa ahli keluarganya untuk keluar mencari. Rupa-rupanya, dia dijumpai tidur di dalam reban ayam berhampiran dalam keadaan nyenyak. Malah ketika ditemui, lelaki berkenaan sama sekali tidak sedar akan kehadiran orang sekeliling.


Dah kacak tapi lemah hanya sebab wanita…Masa depan masih panjang, perempuan bukan seorang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut melihat perkongsian tersebut. Selain simpati dengan nasib yang menimpa, ramai juga bertindak memberikan nasihat supaya tidak hukum diri sendiri seperti itu. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meriah lebih ratusan ribu jumlah tonton

Sumber: TikTok sabarsodiq