Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini beritahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu”Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

Demikianlah nota pesanan yang tertampal di gerai makan milik Siti Aishah Othman di kafeteria UTM. Menurutnya, arwah ibunya juga meniaga jual nasi lemak di UTM dan banyak bersedekah dekat orang.

“Saya seorang anak yatim, jadi memang dari kecil lagi sudah terbiasa dengan kehidupan seperti orang susah. Arwah mak saya dulu cari rezeki nak sara kehidupan saya dan adik beradik yang ramai ni.Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

Meskipun dengan berbuat demikian, hasil keuntungan akan sedikit kurang, namun Siti tetap teruskan perniagaannya. Selepas lebih sebulan meniaga sendiri di UTM, Siti faham kenapa ibunya dulu suka bersedekah.

Harga nasi lemak biasa yang dijualnya adalah serendah RM1 sahaja kerana dia sedar ramai pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan niatnya yang sedikit sebanyak mahu membantu mereka.

Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

Siti juga ada menjual nasi lemak ayam goreng berempah berharga RM4 dan juga pelbagai jenis lauk lain seperti sambal udang dan rendang ayam dengan harga RM5.

Setiap hari, dia juga akan menyimpan 10 bungkusan nasi lemak untuk diberikan secara percuma setiap kali dia berniaga.

 

“Setiap hari saya berniaga, kecuali hari Sabtu. Antara sebab kenapa saya tergerak hati nak jual makanan dengan harga RM1 adalah selepas saya sedar ada beberapa orang pelajar selalu datang kedai beli nasi lemak biasa ni tanpa jemu.Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

“Ada juga saya jumpa yang bayar makanan berharga RM1 pakai syiling saja. Jadi ini antara inisiatif saya untuk bersedekah dan infak bagi ringankan beban pelajar yang terpaksa bayar yuran pengajian.

“Mereka tak cakap pun tak ada duit tapi daripada cara makan benda sama berulang kali dengan harga murah ni saya boleh faham mereka ni tengah berjimat cermat.

Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

“Menu paling mahal saya jual pun RM5 saja. Itu pun setiap hari saya minta maaf dekat pelanggan sebab terpaksa jual mahal. Walaupun untung tak ada sangat tapi apabila dapat kenyangkan orang pun dah rasa lega.

“Asalkan adik-adik semua ni ada dan tahu tempat mereka boleh makan dengan murah dan kenyang. Sekiranya tak ada duit datang saja beritahu, saya belanja. Hanya insan yang lapar akan faham perut lapar orang lain,” ujarnya.Tergerak Hati Tengok Pelajar Sering Kira Duit Syiling Untuk Beli Nasi Lemak RM1, Tindakan Peniaga Ini Amat Mengharukan

Tambahnya lagi, dengan mengurangkan harga makanan, tidak perlulah ada pelajar yang kurang berkemampuan yang terpaksa berlapar. Meskipun harga ayam agak mahal masa sekarang, wanita ini akan berusaha untuk mengekalkan harga makanan jualannya seperti biasa.

Kisah mengenai Siti yang meniaga nasi lemak di UTM ini dengan pantas menjadi tular dan rata-rata netizen memuji peniaga ini yang berusaha berbakti kepada masyarakat dan membantu para pelajar. Semoga peniaga ini sentias dimurahkan rezeki.

Kredit: mStar