Sering ditanya tentang zvriat biarpun nikah sudah 7tahun, jawab amir buat ramai setuju

Meskipun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak reda masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menurut laporan Harian Metro, pelawak berusia 34 tahun itu tetap bersyukur dengan kehidupan ketika ini dan tidak mengambil peduli sekiranya ada pihak melemparkan kata-kata burvk.

“Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak matl dikejl.

“Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja,” katanya yang mengusahakan perniagaan Air Jagung Amirreka.

Pelakon filem Hantu B0nceng 2.0 itu berkata, dia dan isterinya Nur Intan Syafinaz tidak p4tah sem4ngat dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

“Ada juga usaha yang dibuat dari segi pervbatan. Urutan badan itu dan raw4tan tradisional itu kami ada buat,” ujarnya.

Ditanya jika terdapat h4srat bagi mengambil anak angkat, dia mengakui tidak pernah terfikir mengenai perkara itu yang disifatkan mempunyai pelbagai ris1k0.

“Tak pernah terfikir. Takvt kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kcam nanti.

“Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkahwin dengan Intan pada 14 Mac 2015.

Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi dihubungi berkata dia juga tidak menjangkakan bahawa perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.

“Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh ‘shooting’ ketika ini.

“Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana k3s jangkltan yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya impian untuk meluaskan perniagaan air jagung itu dengan membuka kafe, Amir yang juga pelakon drama Man Transform berkata keinginan sebegitu tetap ada tersemat di dalam hatinya.

“Saya pun ada h4srat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.

“Malah, melihatkan situasi pandemlk yang masih tervk sekarang ini tak tahulah bila akan reda.

Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi,” katanya.

Amir berkata dia bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemlk ini dan berdoa semoga mereka berjaya untuk bangk1t kembali.

Apapun, Amir berkata dia juga tidak berasa m4lu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.

Ujarnya, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Katanya selain air jagung dan keladi, dia juga menambah produk baharu iaitu air epal dan tembikai susu.

Menurut Amir, dia bertuah kerana isteri, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh dan selalu bertanya khabar tentang perjalanan bisnesnya itu. Apapun, katanya aktiviti promosi yang selalu dibuat di media sosial juga sangat membantu.

Sumber : Hmetro