“Sayang isteri tak?”. Sebaik dgr jawapan Adam, hatiku remuk. Mcm barang, dibuang kalau taknak

 

 

 

Foto sekadar hiasan.

Aku, perempuan berumur dalam lingkungan awal 30-an. Dalam lebih kurang beberapa tahun lepas, aku disunting oleh seorang lelaki (kita namakan dia Adam).

Pengenalan kami di atas saudara adalah secara tidak sengaja. Dia melihat aku dalam satu majlis dan lalu diam2 bertanyakan tentang aku melalui saudaraku. Ibunya yang manis datang menegur aku, sedikit memperihalkan tentang anak bujangnya. Keadaan itu membuatkan aku sedikit tersentak ketika itu. “Comel orangnya” kata ibunya sambil tersenyum melihat aku. Dan aku, hanya tersengih malu.

Melihatkan keluarganya dan Adam, adalah dalam kalangan orang baik2. Aku tahu pun kerana saudara kami kenal rapat antara satu sama lain. Dia orang yang baik, berpelajaran, punya pengetahuan agama yang tinggi, dan kami sekufu.

 

Kadang rasa sedih juga sebab macam tak diendah atau tak dipedulikan. Tapi aku buang jauh perasaan tu, lalu kekal positif yang ya, lelaki itu pasti sibuk dan tidak betah dalam hal2 begini. Ingin bercinta selepas nikah mungkin.

Masa berlalu pantas.. dan ringkasnya, aku terima nikahnya. Diharap masjid yang dibina akan membawa ke syurga. Memetik kata2 kawanku, melihat kami seperti pinang dibelah dua. Ya, dia seorang yang baik, lembut dalam katanya. Sekiranya orang lain takut dengan keluarga mertua, tapi tidak aku. Aku sangat bersyukur sebab mereka semua baik dan penyayang. Mereka layan aku macam family mereka sendiri.

Aku tak mengharapkan pelangi. Cukup sekadar nyaman penyejuk hati. Tapi tak ku ke sedar sejuk itu dingin yang tak bertepi.

Awalnya kami PJJ (seminggu sekali jumpa), tapi lepas setengah tahun, Adam dapat kerja lain dan duduk dengan aku dan family aku untuk sementara waktu. Lepas kahwin, aku jatuh sayang dekat suami sendiri. Aku pernah tanya dia, kenapa nak kahwin dengan aku. Sebab dia sendiri nak ke atau keluarga dia. Aku tanya sebab keluarga dia baik sangat dengan aku. Dia jawab, dia sendiri nak. Aku senyum dalam diam 🙂

Sepanjang perkahwinan kami, aku masak masakan rare yang dia suka (walaupun aku tak pandai sangat masak), basuh, gosok baju dia, ajak solat jemaah sama, aku panggil dia dengan panggilan manja. Pendek kata, aku sanggup buat apa2 untuk dia untuk kebaikan kami. Tapi yang aku perasan dia macam takda perasaan dekat aku. Dah banyak kali aku flirt dengan dia untuk timbulkan perasaan dekat aku.

Ya, untuk bagi dia ada perasaan dekat aku. Mmm sedihnya, dia takda perasaan dekat wife dia. Aku tak tahu normal orang bercinta dan berkahwin ni bagaimana. Adakah sama macam aku lalui? Adakah memang normal suami awal2 takda perasaan dekat isteri. Mungkinkah terlalu awal untuk aku berfikir begitu? Lelah aku fikir. Nak dekat 6 bulan ke setahun.. Sekejap sangat ke tempoh tu?

Masa tu aku dekat rumah keluarga dia. Aku agak stress sebab orang selalu tanya pasal anak dekat aku.. Aku nak tackle hati suami supaya ada perasaan dekat aku pun dah jadi macam isu besar untuk hati ni. Macam mana pulak lah nak dapat baby. Drah tinggi kot.

 

Aku kadang rasa macam aku ni pathetic sangat.. Sebab macam menagih kasih. Aku siap tanya Google untuk cara2 menawan ke, menambat ke, atau menarik hati suami. Tapi hati dia tak tetap tak tertarik.. Sedih aku. Banyak benda aku try. Korang takyah tanya, apa yang aku dah cuba buat. Aku duduk dekat pun, dia jauhkan diri. Even kalau aku peluk dia pun, dia tak ada respond. Entahlah.

Aku dengan Adam macam kawan. Balik kerja, aku teman dia makan, lepas tu kadang teman dia main game (dia memang suka satu game ni.) kadang tengok movie. Last sekali tido. Kadang ada aku ajak sembang2. Kadang biasa2 kadang2 deep. Banyak kali aku try communicate dari hati ke hati dengan dia. Kan orang selalu cakap kurang komunikasi punca banyak masalah. Tapi macam tu jugak.. Kira aku ni macam ada roommate time study dulu, bezanya dia laki je.

Aku tanya apa yang aku kurang atau apa salah aku.. Aku boleh betulkan. Banyak kali aku pujuk. Dia cakap aku tak salah, dia yang salah. Aku pening.

Dia baik. Tak marah, tak pukul, tak tinggi suara. Tak mer0kok. Weekend kadang ajak keluar pergi makan semua. Cuma kadang2 aku rasa macam tak wujud pun ada. Emosi aku sakit. Aku sayang dia tapi dia tak sayang aku. Aku cuba nak bukak pintu hati dia, dia reject aku. Takkan aku nak explain cara dia reject aku. Pathetic ganda dua kot. Taktau korang paham tak.

Bayangkan perasaan sesak sebab duduk sebilik dengan orang yang kau suka tapi dia tak suka kau. Nak letak kat mana muka ni kan.. Semua kau rasa tak kena. Emotionally, hati aku macam kena koyak dan kena campak dekat jalan tar lalu kena seret sepanjang jalan. Habis berdrah. Ke aku yang sensitif sangat. Entahlah. Ni bukan crush kau nak patah hati. Ni suami. Bukan setakat patah, berdarah berbalut terus. Adudu.

Mungkin orang tertanya dia straight ke tak. Aku sebenarnya selalu tertangkap mata dia tengok perempuan lain. Waiter ke, dekat majlis ke, kat kedai ke. Lelaki memang macam ni ke apa? Memang suka tengok perempuan lain eh. Cuma aku je yang dia takdela beria tengok.

Jadi aku rasa dia suka je perempuan. Cuma tulah, yang depan mata tu taknak tengok.. Penat aku pakai baju dan tudung cute semata2 nak tarik perhatian dia. Orang lain jugak dia tertarik. Sendunya hati ni. Nak kata aku buruk, sampai sekarang orang tanya aku belajar lagi ke, sebab muka aku muda.

Masa tempoh berkali2 kena reject dengan suami sendiri tu aku selalu menangis. Banyak sangat. Solat menangis. Mandi menangis. Bawah meja office pun aku pernah menangis. Haru betul. Tapi aku cover. Takda budak2 office tahu pun. Nak tidur menangis. Sampai sesak nafas aku.. Aku banyak mintak doa pada Tuhan. Mintak petunjuk. Aku mintak jika Adam baik untukku, keluargaku, duniaku, akhiratku, dekat kan dia.. Tapi kalau tak, mintak dijauhkan.

Jadi untuk merungkai isu takda perasaan ni.. Aku ajak Adam pegi jumpa ustaz.. Mana tahu, kalau betul ada benda lain mengganggu. Banyak jugak tempat kami pegi. Ustaz datang rumah ada, pergi tempat ustaz tu pun ada. Darussyifa pun ada. Kira jumpa sampai 4 orang pengamal perubatan Islam. Ustaz memang cakap kitorang ni takda apa..

Lepas tu Adam pergi jumpa kaunselor. Kaunselor tu jumpa kami dalam minggu yang berbeza. Mula2 Adam dan lepas tu baru jumpa aku. Jumpa kaunselor tu free, kira bawah kerajaan negeri. Aku ingat lagi, kaunselor tu perempuan, dia jumpa aku dengan mindset yang memang nak suruh aku keluar daripada perkahwinan macam ni seperti mana dia tahu yang Adam memang bersungguh untuk keluar. Dan dia pun dah siap sekotak tisu untuk aku menangis.

 

Lepas tu kami jumpa psychiatrist. Aku ingat lagi jantung aku berdegup kencang, malu semua ada nak jumpa doktor. Doktor ni untuk kes2 rumah tangga. Aku ingat lagi kata2 doktor tu.. Perkahwinan ni ibarat satu rumah, ada tapak dan tiang. Tapi dia tak nampak pun tapak yang asas sekali tu dalam perkahwinan aku dan Adam.

Doktor tu tanya Adam, sayang isteri tak. Adam cakap, tak. Masa tu air mata aku tumpah. Serius aku sedih. Aku tak tahu memang motif dia cakap macam tu sebab nak keluar dari perkahwinan ni atau memang dia tak sayang aku.

Doktor tu tanya macam2.

“Ada solat jemaah sama tak?” Adam cakap, ada.

“Kenapa nak kahwin dengan isteri?”. Adam cakap,

“Sebab family. Saya ingat saya boleh.”

Dia pernah bagitau masa sembang2 dulu yang rupanya dia tak boleh. Dia cakap dia bukan orang yang begitu (yang boleh terima orang tu lepas kahwin walaupun tak kenal dulu).

Masa tu aku memang tak boleh nak proses ayat yang dia luahkan. Boleh untuk cuba adakan perasaan sayang pada aku mungkin? Boleh untuk cuba2 kahwin anak gadis orang yang dia rasakan boleh? Aku macam tak boleh hadam. Sebab aku try hard untuk kenal dia masa fasa tunang.. Tapi dia terlalu sibuk untuk fikir pasal aku. Jadi kenapa cakap macam ni..

Aku macam.. Like seriously? dah kahwin, boleh cakap,

“Eh tak boleh, kena fikir dulu.. eh betul ke aku ni suka kat dia?” ke macam mana ni. Bukan aku yang mulakan. Bukan aku yang nak bersuai kenal dulu. Bukan aku.

Masa tu doktor tu bagitahu yang kalau kami betul2 nak cuba selamatkan perkahwinan ni, boleh cuba datang jumpa dia dalam satu jangka masa. Ada banyak sesi. Kena komited dan bukak buku baru. Aku tanya Adam. Dia terus cakap.. “tak perlu”.

Hati aku yang memang dah pecah penuh drah kena baling ke dinding lagi dan lagi. Memang aku rasa time tu aku macam barang. Kalau nak, ambil. Taknak, boleh buang. Aku cuma rasa dia cuma nak keluar daripada kesulitan tu dan buang aku jauh. Atau dia kesian dekat aku. Entahlah.

Lepas tu dia cakap dia nak keluar, balik rumah family dia. Dua bulan dia tak balik rumah aku. Sedih betul digantung tak bertali. Masa tu nak dekat puasa. Beberapa hari sebelum Ramadhan dia akhirnya mesej lepaskan aku. Aku tahu yang pengakhiran dia macam ni, tapi tetap aku menangis tersedu2 tepi mak. Mak peluk aku kemas2. Mak sama menangis. First time aku tengok mak menangis macam tu. Sedihnya aku.

Aku pernah cakap dengan dia yang aku taknak uruskan proses pencerraian ni sebab bukan aku yang nak. Sudah lah aku tengah sedih kena reject dengan suami sendiri. Kena uruskan pulak dekat mahkamah semua. Tapi lepas dalam dua bulan dia mesej nak berpisah, dia tetap senyap. Tak ada buat apa2 urusan.

Kawan aku yang tahu status aku, push aku untuk selesaikan secepat mungkin. Supaya aku boleh move on, move forward. Yelah masa tu memang aku serabut. Dia suruh aku uruskan supaya aku boleh bukak lembaran baru. Aku tak nak ada apa2 communication dengan dia lepas dia nak pisah. Jadi terpaksa lah aku sorang2 selesaikan. Aku cuti untuk tengok mahkamah mana nak ambik borang semua.

Rupanya bukan tempat sama masa daftar. Kena pegi daerah lain. Agak jauh sikit. Cuti lagi selesaikan borang, hantar, pos surat/borang untuk suruh dia datang mahkamah. Cuti lagi untuk bicara. Dan cuti lagi untuk ambik sijil cerrai. Dahlah bukan senang nak cuti.. Serabutnya aku masa tu dengan kerja lagi.

Masa aku nak fotostat borang2 cerrai tu sedih sangat. Orang kedai tengok aku semacam. Yelah ada ic aku, borang semua kena fotostat. Entahlah.. Aku down sangat masa tu. Masa bicara dekat mahkamah lagi lah. Masa tu rasa diri aku level dekat tapak kasut je.. Kepala dengan hati aku berkecamuk dengar semua kes2 cerrai. Serabut sangat waktu tu.

Masa duduk ramai2 depan tu ada judge dengan orang yang baca2 kes tu. Masa tu judge tu suruh pihak terlibat je masuk sebab kawasan tu tak besar sangat. Sementara tunggu, tangan aku sejuk, menggeletar masa text kawan aku. Aku cakap.. “I hate this place. I don’t want to be here. I don’t want to be here. I don’t want to be here. Macam mana nak stop daripada menangis..” sedih sangat.

She asked me to recite certain du’a. Dia buat lawak2 sikit untuk tenangkan aku. Dan tiba2 dari jauh, dia sampai temankan aku, dan curi2 masuk dalam mahkamah. Dia peluk aku kuat. Sampai mati aku takkan lupakan apa dia buat. Akhirnya Judge sahkan pencerraian kami, dan aku takda eddah. Aku akhirnya bebas.

Kau tahu, masa dia berpisah dengan aku kan bulan puasa. Memang Allah nak bagi aku masa untuk bertenang. Supaya aku boleh betul2 mengadu dekat Dia. Selama ni aku boleh move on pun sebab doa dan support daripada family dan kawan2. Semuanya memang the best. Aku bersyukur sangat. Dan yang paling penting sekali ialah doa.

Orang kata aku tabah sebab tak nampak aku sedih macam mana. Diorg tak tahu macam mana aku menangis setiap hari pagi2. Dalam tahajjud aku. Dalam tangisan aku. Dalam rayuan aku. Aku mintak Allah bagi aku, keluargaku, mertua aku, hati yang kuat, tabah dan sabar untuk tempuh ujian ni. Aku percaya ibu, ayah dan family aku doa benda yang sama.

Aku doa aku sebut nama dia, aku mintak Allah cabut segala cinta dan kasih aku pada Adam sekiranya dia memang bukan untuk aku. Sedihnya ya Allah. Sakitnya ya Allah. Sebab segala apa yang ada dalam rumah ni, ada memori tentang dia. Dan hati aku sakit. Sakit sangat. Aku mintak Allah balut hati aku supaya tak rasa macam hati ni kena tiikam berkali2. Dan mungkin berkat rayuan aku dan keluarga, aku boleh move on.

 

Diaorang semua baik2 dan aku boleh masuk dengan semua. Daripada ayah mertua sampai la adik yang bongsu. Haritu aku nampak macam adik ipar aku tengah solat dalam masjid yang sama. Berrair mata aku.. Rindunya nak borak2 macam dulu. Apapun aku doakan yang baik2 untuk mereka semua. Tulis pasal ni pun dah basah mata aku. Hati tisu betul..

Sampai sekarang aku sedih bila orang tanya pasal ex husband aku. Mereka ingat aku masih lagi pjj. Sebab tak semua tahu aku dah berpisah. Aku sedih jugak kalau ada orang tanya aku dah kahwin ke belum. Hmm aku, kalau takda nak jaga parents, komitmen family, dah lama aku bawak diri merantau. Tapi adalah hikmahnya aku masih ada dekat sini. Pujuk hati.

Aku sekarang happy je. Katil aku conquer sorang2. Bilik sorang2. Parents dengan aku sentiasa. Aku ada hobi baru. Aku belajar quran dengan lagi mendalam, aku amik kelas bahasa asing. Aku cuba baiki diri balik pelan2.. Aku fit kan diri. Pergi gym.

Semua benda yang mak aku nak, aku cepat2 try tunaikan. Bahagia dia lain macam. Aku taknak benda yang jadi ni effect dekat hati aku lama sangat.. Cuma jodoh je belum ada. Kalau takda, kawan aku cakap, jom cari wildan dalam syurga. Aku tanya wildan? Macam bidadari, tapi lelaki. Oo aku ingat bidadara. Dia gelakkan aku. Mana ada lah. Namanya wildan. Ooo.

Untuk semua yang baca kisah aku sampai habis.. Aku harap seperti mana aku yang diberi ujian begini dan akhirnya sujud dan tersungkur depan Tuhan, aku juga harap kalian yang diberi setiap satu ujian tak lelah dan carilah Dia. Kerana Dia itu tidak tidur, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap satu yang terjadi.

Mungkin rezeki jodoh aku dengan dia memang sampai dekat situ saja. Sudah tertulis. Aku tak menyesal kahwin sebab aku dah cuba sehabis mampu (harapnya). Kalau tak dapat jodoh lain dekat dunia ni, moga aku dapat berbakti pada ibu, ayah dan keluarga aku sampai akhir hayat.

Apapun, doakan aku yang terbaik. Moga korang pun dipermudahkan segala urusan. Dan moga kita semua diberi kesabaran untuk mencari hikmah dalam setiap ujian. Doakan yang baik2 untuk aku dan kita semua.

Sumber – Vee (Bukan nama sebenar) via IIUMC