Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu Kesegaran Ulam Yang Tiada Bandingan

Assalamualaikum. Apabila bercakap tentang ulam, ramai yang terliur. Tambahan pula, ulam memiliki banyak kebaikan lebih-lebih lagi untuk awet muda. Maka, sambil-sambil memuaskan selera, dapatlah jaga kesihatan & jaga penampilan. Zaman sekarang bukan perempuan sahaja yang amat jaga penampilan, malah lelaki pun ingin kelihatan segak dan tampan. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dengan mereka. Terdapat satu restoran di Kelantan yang berkonsepkan ulam-ulaman iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu yang berada di Kota Bahru, Kelantan. Ia amat dikenali kerana menjadi salah satu tempat makan menarik di Kelantan.

Nama ‘Restoran Nasi Ulam Cikgu’ diletakkan di restoran ini kerana dengan sebab tertentu. Segala makanan di restoran ini berkonsepkan ulam-ulaman. Bukan ulam-ulaman biasa bahkan ulam-ulaman yang segar dan banyak. Pasti anda akan terkejut jika pertama kali datang ke restoran ini kerana kepelbagaian ulam di restoran ini. Hidangan yang wajib adalah budu tetapi ia bukan budu biasa yang dapat di dalam botol. Malahan ia adalah budu segar yang pihak restoran dapat di kampung berdekatan. Budu tersebut sedikit pekat dan rasa budunya memang kaw!

Cara hidangan Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah secara layan diri. Anda perlu ambil nasi sendiri dan pilih ulam-ulam yang terpaut di hati. Servis yang diberi juga amat baik. Tray lauk akan sentiasa diisi tanpa disuruh. Pelayan-pelayan di restoran ini amat peka akan perkara tersebut.

Nasi Ulam Cikgu ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu , di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah. Kawasan ini suatu ketika dahulunya adalah kawasan Istana Di Raja Kelantan. Meyusur masuk ke dalam laman premis ini, sudah pastinya anda akan merasa agak kekok kerana premis ini terletak di bawah rumah dihiasi dengan larik-larik kayu menarik bagaikan sebuah istana. Kami akan kongsikan Peta Tempat Makan Menarik ini.

HEBAT! RESTORAN NASI ULAM CIKGU PASTI AKAN MEMIKAT DERIA RASA LIDAH ANDA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Alamat : Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan.
Nombor Telefon : 019-961 6665
Waktu Operasi : Buka setiap hari kecuali hari jumaat (10.30AM – 5.00PM)
Website : Restoran Nasi Ulam Cikgu Website
Facebook : Restoran Nasi Ulam Cikgu Facebook page

Dapatkan Info Menarik di Restoran Nasi Ulam Cikgu
Menu yang Popular
Ikan Keli Goreng Berempah Percik dan Gulai Darat
Asam Pedas Ikan Patin dan Jelawat
Ayam Goreng Berempah Bakar dan Percik
Ikan dan Daging Singgang
Ulam-ulaman Sos Bilis Budu Sambal dan Kerabu
Harga dan Kos Terlibat
Satu hidangan untuk 6 orang dengan harga RM70 dan ia boleh ditambah tanpa ada bayaran tambahan.

sumber ;tempat menari