Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan

KESIHATAN amat penting untuk memastikan kita dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih. Umum mengetahui bahawa bahan masakan ini nenpunyai pelbagai khasiat bawang putih untuk kesihatan dan kecantikan.
Bagi yang ingin mencuba petua menggunakan bawang putih, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Siti Raudzah.

PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI APABILA BANGUN TIDUR

Sudah tiga hari saya amalkan makan tiga biji bawang putih bakar ini setiap pagi sebelum sarapan.
Masalah sakit kaki apabila bangun daripada tidur yang saya hadapi sudah pulih sekarang. Kalau tidak sebelum ini, nak pijak lantai apabila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dahulu baru rasa lega.
Tapi sekarang bangun sahaja, terus boleh jalan laju. Petua ini diberi oleh seorang rakan, hampir setahun dia amalkan. Badannya jugasaya tengok cantik, perut kempis sahaja.

BANYAK KHASIAT LAIN
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu, bawang putih ini dapat mencegah sel-sel kanser.
Cara-caranya:

Ambil tiga ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam tiga minit dengan api yang kecil.
Selepas itu makan terus isinya sahaja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.
Selamat mencuba!

Sumber: Siti Raudzah.