Pesara Tentera Tambah Pendapatan Dengan Tanaman Sayuran

PINANG TUNGGAL, 5 Jan (Malaysaiaktif) -“Saya pelajari sendiri bagaimana hendak menjadi seorang petani tanaman sayuran, saya tidak pernah pergi ke mana-mana pusat latihan pun.”kata Encik Md Nor Baharom,62 tahun atau dikenali dengan Pakcik Md Sayur oleh penduduk sekitar.

Beliau telah mengusahakan pertanian sayuran sejak tahun 2006 di atas tanah miliknya yang berkeluasan 1/2 hektar dengan mengusahakan tanaman seperti Bayam, Kangkung, Sawi Bunga dan Sawi Kampung. Hasil bersih yang diperolehi beliau daripada jualan sayuran yang ditolak kepada peraih di Padang Serai, sekitar sekitar RM1,200 hingga ke RM1,500 sebulan.

Tanah Seluar 1/2 Hektar yang diusahankan oleh Md Nor BaharomTanah Seluar 1/2 Hektar yang diusahankan oleh Md Nor Baharom
Beliau juga memaklumkan bahawa kos untuk mengusaha tanaman sayuran ini tidaklah begitu tinggi yang dianggarkan diantara RM200 hingga ke RM300 untuk pembelian baja dan racun yang boleh bertahan untuk tempoh 2 hingga 4 bulan. Untuk pembelian benih pokok sayuran pula adalah RM11.00 untuk pokok Bayam(1/2 kilogram), RM32.00 pokok Sawi Bunga(1/2 kilogram), RM28.00 pokok Sawi Kampung (1/2 kilogram),RM11.00 pokok Kangkung(1/2 kilogram) dan RM6.50 bagi benih salad(100gram).Kesemua tanaman sayuran akan boleh dijual selepas 3 ke 4 minggu bergantung kepada faktor cuaca.

Faktor cuaca seperti musim hujan,serangan kulat,serangan serangga dan haiwan akan memberikan kesan kepada hasil pendapatan jualan.

isteri Md Nor, Salmah Shahir,60 tahun juga membantu suaminya bercucuk tanamisteri Md Nor, Salmah Shahir, 60 tahun juga membantu suaminya bercucuk tanam
Puan Salmah Shahir,60 tahun akan turut membantu suaminya apabila mempunyai kelapangan masa membersihkan batas-batas tanaman daripada rumput dan mengasingkan tanaman sayuran yang rosak.

Encik Md Nor adalah merupakan seorang bekas pesara Tentera Udara Malaysia yang berkhidmat 13 tahun di bahagian logistik pada tahun 90an.Beliau pernah berkhidmat di Pengkalan Kuala Lumpur dan Labuan.

sumber ;malaysia aktif