Pasukan Tenteraa Melayu Terlibat Bantu Sultan Muhamad AlFateh Bebaskan Constantin0ple, Ini Buktinya!

TENTANG KITA, ORANG MELAYU Membantu Sultan Muhamad AlFateh Membebaskan Constantinople

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah perintahnya adalah sebaik-baik pasukan.” [HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Hadith ini ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukan terbaiknya. Melayu Bani Jawi juga termasuk antara pasukan sebaik-baik tentera yang disebut hadith.
Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan menggambarkan akan suasana sebenar sebuah peristiwa besar yang penuh bersejarah pada masa itu (Penaklukan Kota Kostantinople).

Gambar sejarah ini telah berusia ratusan tahun (pada abad ke-16) dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. Inilah antara gambar yang menjadi bukti kepada kita akan sebuah pasukan Turki Uthmaniyah dan tentera bantuannya yang datang dari seluruh pelusuk dunia Islam dalam membantu membebaskan Kota Kostantinople termasuklah Bangsa Melayu (lihat dalam bulatan merah ; pasukan tentera Melayu yang bertanjak)

Sejarah kedatangan Bangsa Melayu berjihad di Kostantinople tidak disebut dan diceritakan oleh para sejarawan, ianya sengaja tidak ditulis dan diketengahkan. Sudah pasti ada tangan-tangan ja’hat yang menyembunyikan hakikat kisah sejarah yang sebenar ini.

Bangsa Turki sendiri akui akan kesahihan sejarah bangsa Melayu pernah datang berjiihad di bumi Kostantinople, mereka memberitahu bahawasanya Orang Melayu pernah datang membantu mereka dalam membebaskan Kostantinople.

Betapa jauhnya pengembaraan Bangsa Melayu Bani Jawi dalam menyahut seruan berjiihad, inilah bukti perhubungan dan kerjasama antara Empayar Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan-kerajaaan Kesultanan Islam di Nusantara yang sudah lama tegak berdiri dengan kukuh.

Ketahuilah wahai bangsa bani jawi sekalian, kamu semua termasuk di dalam “Sebaik-baik Tentera” yang telah disabdakan Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu, bersiaplah wahai bangsa Alter untuk perjuangan Islam akhir zaman bersama Al-Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Masih as. Turki Kecil membantu Turki Besar pasti berulang kembali.

Credit: Abu Raziq Al-Ansorullah

Melayu Bangsa Pelaut Dikagumi Dalam Sejarah Dunia
Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.

Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu, Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique?

Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia? Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan Columbus.

Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan ‘sixth sense‘ semulajadi tentang laut yakni bangsa Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria, bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.

Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini. Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang tempatan sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan, ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Melayu adalah dikenali sebagai bangsa pelaut. Bagaimana budaya sebagai seorang pelaut, meredah lautan bergelora sebenarnya telah mewujudkan sebuah reformasi hebat dalam Tamadun Melayu itu sendiri. Untuk menjadi seorang pelaut, seseorang harus mampu membina kapal-kapal yang hebat, yang tidak akan ranap di tengah ombak gelora lautan.

Orang Melayu mempunyai seni pelayaran.Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.

Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.

Melayu adalah pelayar, pelaut, pengembara, lanun, pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah ‘seafarers‘ yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.

Maka tidak musta’hil jika bangsa kita berlayar jauh dari Kepulauan Melayu pergi berjiihad membantu Sultan Muhammad AlFateh mendapatkan kembali kota konstantinopel, jangan pandang rendah pada bangsa sendiri kerana kita lah bangsa yang pernah menakluk lautan!

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan ma’ti dan qia’mat yang tiba pada bila-bila masa. Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat