Pandai2 Kau Je Ambil Hak Penjagaan Budak Bulus ni, Telur Sendiri Tak Nak Kau Ngeramkan Erk.

 


Pandai2 Kau Je Ambil Hak Penjagaan Budak Bulus ni, Telur Sendiri Tak Nak Kau Ngeramkan Erk.

Biasanya kucing suka kejar ayam tapi lain yang terjadi pada ibu ayam ini apabila dia bertindak menjaga tiga ekor anak kucing dibawah kepak seakan mengeram telur . Seperti yang kita ketahui , sifat ibu ayam yang mengeram ini sangat tidak suka apabila dia diganggu ketika menggeram telur . Hal ini kerana ibu ayam ingin melindungi diri dari ancaman terutamanya jika masih terdapat anak-anak ayam berada di bawah jagaannya.

Ia disaksikan sendiri oleh seorang petani yang terkejut apabila melihat ayam betinanya menunjukkan ciri keibuan dan menjaga tiga ekor anak kucing.

Bukan menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing – yang bukan daripada spesiesnya!

Namun setelah memeriksa, dia mendapati bahawa terdapat tiga ekor anak kucing comel yang bersembunyi dan duduk di bawah tubuh ayamnya.

Dalam video tersebut, petani itu dapat dilihat menghampiri ayam peliharaannya. Pada mulanya, tiada perkara yang pelik dan aneh berlaku.

Ternyata haiwan sememangnya mempunyai naluri keibuan yang kuat dan sangat penyayang juga

Seolah-olah ayam betina berkenaan mengeram telurnya. Tidak sangka pula ayam akan melakukan sebegitu terhadap haiwan yang bukan sejenis dengannya.

Sumber: imuslimnetwork.com