Netizen Malaysia Kagum Mat Saleh Masak Kari Laksa
Rakyat Malaysia sendiri pastinya cukup bangga dengan kepelbagaian makanan yang ada di negara bertuah ini. Sebut sahaja apa jenis makanan pasti mudah didapati.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan seorang lelaki mat saleh masak kari laksa telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan seorang lelaki bertanyakan kepada wanita apa yang mahu dimakannya untuk tengahari nanti.
Wanita itu menjawab mahu makan kari laksa dan lelaki itu terus ke dapur untuk memasaknya. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gaya mat saleh ini memasak siap menggunakan lesung batu untuk menumbuk rencah masakannya itu.
Korang saksikan sendiri rakaman mat saleh masak kari laksa yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama andy_cooks ini:
Wow, gayanya memang tak kekok langsung! Apatah lagi melihat hasil masakannya memang nampak macam hidangan restoran. Perkongsian rakaman ini sudah meraih jutaan tontonan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia meninggalkan reaksi kagum mereka menyaksikan kehebatan lelaki ini di dapur.
“Sebagai orang Malaysia ini adalah salah satu hidangan kegemaran. Tapi saya suka makannya dengan mi kuning”
“Mengagumkan! Hampir sama dengan gaya Malaysia. You good”
Mat Saleh Masak Kari Laksa 2
“Amboi abang ni siap pakai batu lesung bagai. Aku pergi je kedai frozen beli paste suzy ameer eh tiber”
Mat Saleh Masak Kari Laksa 1
“The fact dia gunakan santan kara memang win!”
SUMBER
ANDY_COOKS