Muka Com0t, Pakaian Lusuh! Kanak-Kanak Jalan Jauh Dapatkan Makanan Untuk Atuk Yg S4kit Di Rumah

Jika kita muhasabah diri dengan krisis C0vid-19 ini, banyak perkara yang boleh membuka mata manusia. Mungkin selama ini kita lalai dengan kehidupan seharian. Dari sudut lain pula, kita boleh lihat golongan mana yang tamak, cubai meraih hasil sumbangan asnaf dan juga anak yatim.

Bercerita soal bantuan, seharusnya kita sedar di mana peringkat kewangan kita. Jika kita mampu untuk membeli sebuah kereta mewah, kenapa perlu berteriak untuk menuntut hak bantuan. Sedangkan masih ramai yang berlapar dan ada yang langsung tak menjamah nasi.

Bagi mereka yang tinggal di bandar mungkin mudah untuk menerima bantuan. Sebaliknya pula berlaku bagi yang tinggal di pedalaman. Kadang kala bantuan langsung tak sampai.

Kali ini penulis kongsikan kisah dari penghuni sebuah pulau di Sabah. Seorang kanak-kanak terpaksa berjalan jauh untuk keluar mendapatkan sumbangan bantuan

Kisah ini asalnya perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Aisyah Abdul Halim. Datuk kepada kanak-kanak berkenaan difahamkan sedang sakit dan menyukarkan lagi keadaan mereka sekeluarga.

Dengan berpakaian agak comot, wajahnya mula berubah ceria bila dihulurkan sebungkus bantuan makanan.

Betapa benilainya makanan yang diberi buat mereka sekeluarga. Kita pula yang berada di tengah bandar boleh memilih lagi lauk juadah makan malam.

Melihat kepada reaksi netizen, mereka turut sebak melihat perkongsian dari Aisyah ini. Dalam keadaan kita tak sedar, rupanya masih ramai yang terpinggir dan miskin. Mereka juga mendoakan agar yang menyumbang dan penerima dimurahkan rezeki dari Allah.

Kesimpulannya, jangan lah kita cepat merungut walhal perkara kecil sekali pun. Ujian Allah kepada manusia adalah mengikut kemampuan masing-masing. Jadi, perbanyakkan sikap sabar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

sumber;facebook