Menu Diet Homemade, Wanita Ini Berjaya Turunkan 19KG

Menu yang akan saya kongsikan ini adalah menu yang diamalkan oleh seorang wanita. Beliau berjaya menurunkan berat sebanyak 19kg selepas mengamalkan menu diet ini. Wow!

1. Chicken Grill Wrap

Bahan-bahan:
Wholegrain wrap (brand mission)
Ayam grill (diperap dengan garam dan kunyit)
Timun, salad dan tomato
Boleh guna cheese super slim (sekali-sekala sahaja)
Cara-cara:
Letakkan ayam grill, timun, salad dan tomato di atas wholegrain wrap dan gulungkan.
Sedia dimakan.
2. Sandwich Tuna

Bahan-bahan:
Roti Wholemeal
Tuna Chunck In Water (jenama ayam brand)
Plain Yogurt
Timun, salad dan tomato.
Cara-cara:
Bakarkan roti.
Tuna digaul dengan plain yogurt dan sapukan pada roti.
Letakkan sayur-sayuran dan kapitkan dengan sekeping roti lagi.
Sedia untuk dimakan! Nyum.
Biasa utk 2keping roti sy guna 1sb tuna, 1sk yogurt
1tin tuna blh bt byk kali ye

3. Sup Ayam versi clean resepi

Didihkan air dalam periuk.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan bahan tumbuk bersama ayam, carrot dan potato ke dalam periuk.
Masak sehingga empuk.

Masukkan sup bunjut (buka bunjut tu), black pepper, white pepper dan secubit garam.
Tutup periuk dan renehkan.
Tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia untuk dimakan.
3. Chicken Manggo

Carikkan isi ayam yang digrill.
Letakkan maggo, salad, tomato, hirisan cili api, bawang merah, asam limau yang diperah sedikit dan madu.
Boleh dimakan dengan ratah atau dengan nasi.

4. Snacking Jambu Batu + Free Sugar Peanut Butter
Biasa mkn jambu gitu je tp kdng2 kt bosan jgk tgk org lain mnyicah sedap je kan.
So kt cicah la jgk ape yg sesuai utk org berdiet ni kan..??

Dah try buat bru uols thu langit tu tggi atau rendah ye

5. Plain Yogurt + blueberry, anggur hitam & mix nuts

Mix nuts blh beli dkt website signature snack @ beli dkt kedai bakery balik umah bakar dlm oven jap..
Simpan bt stok.
6. Toasted Wholemeal Bread

Oren
Telur separuh masak
Tabur white pepper
7. Plain yogurt, pisang, grape, mix nutes

8. Snacking – Anggur & Jambu madu

9. Instant Rolled Oat

Kurma
Manggo
Kiwi
Air suam


10. Roti canadian purple wheat

Roti canadian purple wheat
Scramble egg
Light baked bean
Salad
11. Nasi putih, chicken grill, salad, tomato


12. Brown rice, chicken grill, sayur


13. Strawberi smoothie

Strawberi 4bji
Pisang half (blh gnti kurma)-utk dptkan rs manis
Fresh milk 100ml
Air masak 300ml
Instant rolled oat 3sk
Blend then blh minum


14. Nasi putih + ikan singgang + ulam + tembikai
Nasi putih
Ulam selom pegaga
Tomato
Ikan singgang
Tembikai

15.Nasi putih + ikan rebus goreng + ulam + tembikai

nasi putih
Ikan rebus goreng
Ilam selom, pegaga
Sayur rebus
Tembikai
16. Toasted wholemeal bread


Roti wholemeal
Scramble egg
Sos cili
17. Salad Ayam

Dada ayam grill
Salad
Tomato
18. Strawberi smoothie


Strawberi 4bji
Pisang (Separuh)
Instant rolled oat 3sk
Fresh milk 100ml
Air masak 400ml
Kisarkan
Siap

Sumber asal daripada Ayu Zule untuk dapatkan pelbagai lagi resepi.