Masih Lengkap Berseragam Sekolah, Gambar Pelajar Pikul Kayu Api Bawa balik Rumah Undang Sebak!

Bersempena dengan kisah persekoahan yang baru sahaja membuka tirai, pelbagai gambar-gambar menarik baru dan lama mengenai kerenah anak-anak memulakan hari bersejarah mereka.

Namun, satu postingan di akaun Facebook ‘Sikat ka pinoy’ telah mengundang sebak netizen.

Masih berseragam sekolah pikul kayu api

Dalam posting yang dimuatnaik, beberapa gambar seorang kanak-kanak yang masih beruniform sekolah kelihatanl memikul kayu api melalui satu lorong tanah merah.

Walaupun kejadian tersebut bukan berlaku di negara kita, namun ia sedikit sebanyak berbekas di hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Berjalan pulang dengan memikul kayu

, jelas terlihat kanak-kanak tersebut masih mengendong beg sekolah dan seragam putih. Dengan bersungguh-sungguh dia memikul kayu api yang telah diikat di bahunya dan berjalan pulang.

Situasi tersebut benar-benar mengudang keinsafan kepada kita. Hal ini kerana jelas sekali dia sudah memahami keadaan hidup yang serba kekurangan dan melakukan tanggungjawab demi keluarga walaupun masih dibangku sekolah.

Jadi, jelaslah disini bahawa, bukan semua kanak-kanak terlahir dari kehidupan keluarga yang mewah. Kita seharusnya bersyukur dan muhasabah diri kerana dalam kesenangan kita ada orang lain yang tidak berkemampuan.

Sumber: Sikat ka pinoy via borakdaily