Macam Tak Percaya Pun Ada..” Makan Nasi Bersama 2 Ekor Ikan Bakar Hanya RM10, Wanita Ini Terkeju

Tahun 2022 merupakan tahun yang agak sukar bagi semua. Baru sahaja diuji dengan virus dan penyakit berjangkit, kini diuji pula dengan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang ini bukan sahaja rakyat Malaysia yang merasainya.

Namun banyak sahaja negara lain yang turut melalui saat gentir ini. Malah lebih teruk lagi, apabila kita dimaklumkan akan mengalami krisis makanan tidak lama lagi. Takut? Semestinya, namun lakukanlah persediaan yang terbaik.

Berbalik kepada kenaikan harga barangan tadi, oleh hal yang demikian ramai peniaga yang mula meletakkan harga yang tinggi pada makanan dan barangan yang dijual. Ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab, sanggup menjual dengan harga yang tidak masuk akal.

Wanita Ini Terkejut, Makan Nasi Bersama 2 Ekor Ikan Bakar Hanya RM10
Namun lain pula yang berlaku di sebuah kedai makan yang menyediakan ikan bakar di Semerak, Kelantan. Apabila kedai tersebut tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan. Lebih memilih untuk tidak menganiaya pelanggan dan orang ramai.

Hal tersebut telah dikongsi oleh Lin Ibrahim menerusi aplikasi TikTok miliknya. Menurutnya, dia terkejut apabila dia makan di situ, apabila dia hanya dikenakan cas sebanyak RM10 untuk nasi dan dua ekor ikan bakar.

Nampak pelik dan macam tak percaya, bukan? Namun itulah kebenarannya. Di mana lagi hendak cari kedai yang menyediakan hidangan yang murah kepada pelanggan. Di saat peniaga lain berusaha mendapatkan keuntungan dengan meletakkan harga yang tinggi namun kedai berhadapan lorong balai polis Semerak ini lain pula ceritanya.

Menurut Lin lagi, walaupun hanya makan bawah kedai kayu, namun pengunjung tetap ramai. Malah lebih menarik lagi adalah air dan nasi diberi secara percuma dan tidak dikenakan sebarang cas. Hanya harga ikan bakar sahaja yang perlu dibayar oleh pelanggan.

sumber ;daily makan