Lps ayah kantoi, ibu dicerraikan. Bila aku besar, ada PhD tiba2 ayah cari. Isterinya mula pm minta duit

 Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Di sini, aku namakan diri aku sebagai Lily. Penceritaan aku kali ni adalah mengenai kehidupan aku di mana teman teman boleh jadikan sebagai pengajaran.

Aku berumur awal 30-an, telah berkahwin dan telah bekerja di salah satu IPT di Malaysia. Aku mulakan penceritaan aku sejak aku dari kecil.

Penghujung tahun 90an.

Aku masih bersekolah rendah. Keluarga aku macam biasa, normal. Ada ayah aku, ibu aku, aku dan adik aku. Aku lebih manja dengan ayah aku.

Masa sekolah, dia mengambil dan menghantar aku ke sekolah. Masa rehat, dia akan datang ke sekolah aku. Belikan aku makanan. Tunggu aku makan sampai selesai.

Tapi ayah aku sangat garang. Kalau buat salah sikit, memang rotan jawabnya. Teruk juga aku kadang kena pkul, kena rotan. Ayah aku ada sisi baik, kadangkala jahat juga aku rasa sebab tak boleh ada salah sikit.

Tapi, masa berubah pada penghujung tahun 90an tu. Ayah aku mula berkawan dengan orang orang yang tak sepatutnya dia berkawan. Atas urusan kononnya urusan bisnes yang memang tak wujud pun.

Kawan kawan dia boleh dikatakan tak guna. Kebanyakan spesies yang tak bekerja dan makan hasil bini serta bercurang dengan bini masing masing.

Ibu aku, macam biasa.. Percaya sangat dengan ayah aku, ayah aku keluar malam malam. Balik rumah sampai tengah malam, ibu aku okay je. Aku pulak memang dah tidur.

Sampai satu masa, memang ayah aku kantoi ada perempuan lain. Masa tu ibu aku macam detektif conan. Malam malam bawa aku yang masih bersekolah rendah, dengan adik aku yang baru berumur 3 tahun jadi penyiasat. Mengekori ayah aku, memang sah dia tengah berdating dengan perempuan lain, depan mata aku. Sedih.

Sejak dari itu, hidup aku berubah 360 darjah. Aku ke sekolah naik bas sendiri, tak ditemani ketika makan lagi. Aku okay je, aku boleh move on dengan perubahan ini. Aku seolah faham. Ibu aku dan ayah aku asik bergaduh.

Ayah aku dan perempuan itu berkahwin di Siam, tanpa mencerraikan ibu aku. Tanpa nafkah dan hilang begitu saja. Kes di mahkamah makan masa juga, dan akhirnya ibu dan ayah aku bercerrai di mahkamah masa aku sekolah menengah.

Perasaan aku?. Aku cukup benci dengan perempuan itu, perempuan perosak rumahtangga orang. Sebagai seorang perempuan, sanggup dia mengkhianati perempuan lain dengan membina istana atas airmata orang.

Adik aku?. Masa tu dia baru berumur 3 tahun dan rapat dengan ayah aku. Adik aku demam lepas ayah aku tinggalkan kami. Ibu aku selimutkan adik aku tidur dengan baju ayah aku, baru dia okay.

Lagi satu, Perempuan itu, kalau terserempak dengan ibu aku, punya kurang ajar. Dia akan menunjuk nujuk jari telunjuk dekat ibu aku, macam ibu aku pulak ambil laki dia. Ini memang berlaku depan aku. Bertambah aku benci perempuan itu.

Kalau teman teman ditempat aku, tidakkah kamu benci perempuan seperti itu?. Salahkah aku membenci, bila ayah aku pernah mengatakan kami ni anak angkat, dia kahwin lain sebab takda anak?. Tipu!.

Buat aku sakit hati, ayah aku jual tanah yang kami semua sama sama pelihara. Tanah tu dibuka menggunakan duit ibu aku. Setiap hujung minggu kami pergi ke kebun bersihkan tanah tu. Termasuk aku. Sesen duit pun kami adik beradik tak merasa.

Duit tanah itu, ayah aku pergi kawin dengan perempuan tu, perempuan tu pun nampaknya pakai emas besar besar. Almaklumlah, duit tanah masih banyak. Ibu aku turut hampa, dia cakap dia taknak pun duit tu. Tapi bagi lah sikit untuk anak anak. Sesen tidak kami terima.

Tapi boleh pula ayah aku cakap dekat orang orang, dia bagi anak anak sorang 5k. Tipu. Hakikatnya tiada. Tak pernah ambil kisah, kami sekolah dan keperluan.

Tahun 2005 ke atas.

Aku melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Alhamdullilah. Diploma. Kemudian sambung Degree, Master, kemudian PhD. Alhamdulillah semuanya ditaja biasiswa.

Dan sekarang aku telah bergraduasi PhD, rezeki aku dapat menghabiskan PhD. Syukur. Setahun selepas aku bergraduasi, PhD. Suami aku pula bergraduasi PhD. Syukur.

Oh ya, masa aku nikah tu, ayah aku jadi wali, itu pun macam macam adegan terjadi. Aku tak dan nak menulis di sini. Lain kali ya.

Aku dan suami bekerja di IPT. Dan sekarang ni, ayah aku mula mencari anak anak yang dia tinggalkan dulu. Selalu telefon kami untuk minta duit. Tiba tiba ada anak, sedangkan dulu tak mengaku anak.

Tapi aku masih waras, aku tolong juga. Tapi hanya untuk duit minum minum kopi dan makan dia seorang. Bukan untuk keluarga dia dengan perempuan tu.

Hati aku ni tak mulia nak sedekah untuk perempuan yang bina istana atas airmata orang. Yup, ayah aku tetap ayah aku. Tapi perempuan itu dan anak anaknya aku tak boleh terima.

Ada yang cakap, anak anak dia tak bersalah. Ya, tapi tetap ada drah daging perempuan itu dan aku tak semulia itu nak maafkan. Hati aku sakit. Dan hanya aku yang tahu. Orang lain boleh cakap macamtu, tapi maaf lah, aku ni bukan semulia Nabi nak maafkan orang. Terlalu banyak hati ni menanggung kesakitan, keperitan, kesengsaraan.

Zaman kanak kanak aku tak seindah seperti kamu!. Kalau kamu ada keluarga yang lengkap, family day dan sebagainya, aku ini TIADA!. Jika ayah kamu selalu dengan kamu dari kamu kecil hingga dewasa, itu pun aku TIADA!.

Kepada perempuan itu, maaf itu tinggi nilainya, bolehkah kau pulangkan zaman kanak kanak aku?. Dan aku juga masih terasa hati dengan ayah aku, cuma aku tahu tanggjawab aku dengan membantu dia setiap bulan. Itu tanggungjawab aku yang mana aku tak mahu ditanya di akhirat kelak. Tapi perempuan itu, bukan tanggungjawab aku.

Maaf, hati aku memang keras kerana aku telah melalui banyak kedukaan.

Pernah satu hari, perempuan itu message aku di facebook, nak minta duit dari aku. Fuh, memang dasar tak tahu malu ya perosak rumahtangga ni, minta duit dari anak kepada perempuan yang rumahtangganya dia musnahkan? Are you serious?? Ini memang aku tak boleh nak hadam! Memang aku seen kan je. Aku tak balas!

Kepada bapa bapa, mak mak, yang ada hati nak bercurang tu… Ingatlah anak anak. Hidup ni karma. Macam ibu aku, walaupun dulu susah, alhamdulillah, anak anak berjaya, ibu aku pun sekarang hidup tenang, aman, gembira. Syukur.

Aku dibesarkan tidak ada kasih sayang ayah, tapi Allah balas permudahkan urusan dalam pelajaran aku.

Ayah aku? Terlalu banyak berhutang, harta tiada, semua dah dijual. Ayah aku, perempuan itu dan anak anaknya? Walaupun anak anak mereka ada keluarga yang sempurna, kasih mak dan ayah itu ada, tapi diuji anak anak dia tu liar, lari dari sekolah, masalah disiplin dan sebagainya. Karma. Sekali kita menyulitkan orang, Allah akan bayar cash, walaupun lambat.

Aku ni pun tak berapa rapat dengan ayah aku sekarang ni, memandangkan dia meninggalkan aku dah bertahun tahun. Kalau berjumpa, tiap kali bercerita terasa janggal, tak tau nak cerita apa.

Kepada yang ada hati nak tinggalkan anak, buang tanggungjawab ibu/bapa kepada anak, anda masih ada masa nak membetulkan keadaan. Jangan ikut nfsu. Ikut nfsu, mati.

Banyak kes yang mak ayah bila tengah bercurang, bukan main eksen. Bila dah tua, mula “touching”, kononnya anak tak ingat mak ayah.

Kena muhasabah diri dulu sebelum touching touching ya. Zaman muda tengah gagah pekasa dulu, macam mana?. Ingatlah, bila adanya akad dan nikah, setia lah hingga ke hujung nyawa bersama pasangan anda.

Saya bukan penentang p0ligami sebab saya tak mahu menentang hukum Allah. Boleh saja nak berp0ligami, tapi jadikan anda yang lelaki/suami itu imannya semulia dan sehebat alim ulama, boleh berlaku adil serta aman dan damai rumahtangga.

Tapi kalau iman hanya secebis hati nyamuk, solat pun masih rompong, nafkah pun tak cukup, p0ligami hanya akan berakhir dengan dosa sebab tak mampu berlaku adil.

Kepada yang ada hati nak berp0ligami, nak tambah kuota, renung renung kan lah. Sanggup ke nak tanggung dosa, hanya kerana nak memuaskan hati dan nfsu di dunia yang sementara?

Kepada para suami dan isteri, aku doakan semoga hubungan kalian kekal hingga ke syurga.

Sekian, terima kasih. Lily

Reaksi Warganet

Adilla Fazlin –
Kisah keluarga kita hampir sama, cuma bezanya saya tak berpelajaran tinggi tapi Alhamdulillah.

Belum puas bahagiakan Ma tapi Allah dah ambik Ma. Separuh nyawa saya pergi. Saya ingat, saya dah cukup sayangkan Ma, tapi Allah lebih sayangkan Ma. Takpe la Ma dah terlalu penat didunia, berehat la. Moga saya menjadi asbab Ma ke syurga. Setiap saat merindui, AlFatihah Ma

Juliya Jullies –
Realiti hidup sekarang memang banyak terjadi. Ada ending yang tak baik ada ending yang baik. Ya mmg benar karma itu ada.

Saya kerja di hospital banyak tejumpa kejadian seperti ini. Bila sudah terlantar sakit di hospital atau dirumah. Saudara saudara akan mencari waris untuk menjaga si pulan. Sedangkan masa sihat nya mengabaikan tanggjawab sebagai seorang ibu bapa.

Persoalan nya bagaimana nak pupuk perasaan sayang terhadap si pulan sedangkan si anak menderita dari kecil. Di jaga oleh si ibu… Yang membesar kan ank nye dengan susah payah. Ibarat kais pagi mkn pagi kais petang makan petang.

Bila sudah besar cari si anak. Ada juga ank yang akn bertanggjawab manjaga si pulan.. Tapi perasaan sayang si pulan akan pergi meningglkan depa tu tiada..

Pada mereka sipulan telah tiada semasa si pulan meningglkan mereka semasa kecil dulu. Sekian. Perkara ni dah banyak kali aku tengok..

Ayu n Ajak –
Isteri ayah pm FB awak minta duit?. Berhati hati orabg sebegini. Dia tiada rasa malu. Orang takde malu ni banyak drama, untuk dia mencapai matlamat.

Dengan ayah awak, awak bersikap basa basi sahaja. Jangan bagi duit banyak, keras kan hati sikit. Bagi yang perlu sahaja. Kalau jumpa ayah awak biar suami ada bersama, supaya awak tetap pendirian. Tidak mengasihani berlebihan.

Sekali awak setuju membantu mana yang bukan keperluan, maka awak akan jadi tonggak kewangan mereka. Mereka akn menjadikan awak dahan untuk berpaut. Berpada pada bila berbaik.

Banyak terjadi, hubungan suami isteri berantakan kerana bila anak dah berjaya bapa cari. Mak tiri, saudara tiri ambil kesempatan.

Utamakan suami dan ibu awak. Hidup awak dah sempurna dan tenang sekarang. Jangan bebani fikiran dengan keluarga tiri awak. Kalau awak bukan berkerjaya dan berjaya, ayah awak takkan muncul slalu di hadapan awak seperti hari ini.

Kak Leza –
Kisah hidup kita hampir same. Betul, Bila anak meningkat dewasa si ayah pulak sudah tua. Waktu tu dia mencari pulak anak anak yang suatu masa dulu diabaikan. Yang suatu masa dulu dia hanya fokuskan pada anak anak isteri baru.

Kemudian di usia tua pulak dia nak touching2 konon anak anak tak ingat dia. Anak anak tak mao tengok dia yang entah bila akan mati.

Si ayh mulai mengungkit tangunggjawab anak anak. Sedangkan dulu si ayah telah mengabaikan semua tangungjawab pada anak anak. Si ayah telah merampas zaman kanak kanak si anak.

Maka membesarlah si anak2 dengan usaha sndri. Bersusah payah untuk menyambung kehidupan ketika kanak kanak lain tengah bergembira bermain tanpa perlu risau apa apa. Semua disediakan si ayah dan ibu.

Demi rase hormat, anak anak akan tetap ingat ya dia ayah saya. Tapi untuk menganggap tiada apa yang berlaku mungkin amat payah. Kerana kami telah terbiasa berpuluh tahun hdup tanpa ayah.

Itulah yang perlu kaum bapa perlu renungkan. Ketika kamu mengejar cinta, kamu cicirkan tangungjawab kamu, amanah Allah. Kifarah Allah tetap ada.

Sumber – Lily via KRT