Kedai makan M'sia berkonsep ‘ditemani hantu’ dihiasi dengan pelbagai patung seram

Ramai sudah mula mengambil inisiatif untuk menghiasi kedai mereka dengan pelbagai tema yang unik.

Perkara tersebut boleh menarik perhatian ramai lagi pelanggan disebabkan oleh keunikan tema yang dipaparkan oleh setiap kedai.

Biasalah, zaman sekarang semuanya hendak luar biasa dan ‘Instagrammable’, seperti dinukil says.com.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah kedai yang dihiasi dengan pelbagai jenis hantu sehingga mencuri perhatian warganet.

 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kedai makan Char Kuey Teow itu dihiasi dengan pelbagai jenis hantu. Ada pocong, pontianak, bunian, penanggal dan lain-lain, lapor says.com.

Pelanggan yang makan di sana rasanya seperti makan bertemankan makhluk ghaib. Rasa bertukar alam!

“Sekali ada yang real, mahu lari tak cukup tanah”, kata seorang warganet berseloroh.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan hiasan dan konsep kedai tersebut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa