JAR1 KANAK-KANAK 5 TAHUN TERSEP1T PADA RANTAI BASIKAL

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam apabila jari tangan kanannya tersepit pada rantai basikal dalam kejadian di Taman Harapan, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak itu berakhir menerusi tindakan pantas bomba Lahad Datu yang berjaya melepaskan jarinya selepas rantai basikal itu dipotong menggunakan peralatan khas
dalam tempoh hanya 20 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.31 petang.

Katanya, 7 pegawai dan anggota dari BBP Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati jari seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun tersepit pada rantai basikal.

“Pasukan bomba bertindak memotong rantai basikal menggunakan peralatan khas (Bolt Cutter),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain, operasi bomba ditamatkan jam 5.52 petang.

sumber ;s harian