Jam 9mlm, jiran2 tiba hantar mkanan. Sejuk kedaung. Bila buka balik, dah berbuih

 


Assalamualaikum semua..

Sebenarnya aku agak berat sedikit nak meluahkan tentang perkara ni, tapi ia asyik bermain-main dalam fikiran dan susah untuk hilangkan rasa terkilan tu.

Aku tak suka talk bad about makanan/rezeki tapi rasanya terpaksa juga meluahkan sebab ia juga melibatkan adab kita pada orang lain.

Aku suka menjamu orang makan. Lebih-lebih lagi makanan yang aku masak sendiri.

Sebab tu aku suka bila ada aktiviti potluck atau sekadar jemput keluarga dan kawan-kawan datang ke rumah untuk menjamu selera.

Selalunya aku akan masak lebih kalau aku berniat untuk hantar ke rumah jiran. Tak sampai hati rasanya nak hantar makanan baki majlis.

Dan aku akan hantar sebelum atau semasa majlis.

Entah la, bagi aku kalau nak bersedekah, jangan la bagi baki makanan yang tuan rumah tak mampu habiskan sebab kononnya sayang nak dibuang.

Kalau niat nak bersedekah, allocate portion untuk itu. Kalau tak, jangan bagi langsung.

Baru-baru ni jiran aku ada buat makan-makan di rumahnya waktu tengahari.

Kemudian pada waktu malam lebih kurang pukul 9, dia datang hantar makanan nasi impit kuah lodeh kerumah aku.

Masa dia hantar tu, terdetik dalam hati aku, kenapa pukul 9 malam baru nak hantar. Ni mesti baki makanan tak habis sayang nak buang, pastu dok bagi kat jiran pulak untuk dihabiskan.

Tapi aku buang perasaan buruk sangka tu dan cuba ikhlas terima pemberian jiran.

Bila aku buka, sedih aku tengok kuah lodeh tu memang seperti sisa baki makanan yang tak dihabiskan, dengan sejuk kedaung nya.

Ya lah, kalau dah dimasak daripada tengahari, begitu lah rupanya.

Entah lah, bagi aku kalau sayang juga makanan tu dibuang, at least have the courtesy untuk panaskan balik kuah sebelum diberi pada jiran.

Sumpah, sikit aku tak kecil hati kalau tak dijemput. Aku bukannya kebulur sangat sampai tak mampu untuk makan.

Alhamdulillah Allah rezekikan aku mampu untuk makan apa yang aku nak. Aku terkilan sebab diberikan sisa makanan yang tuan rumah tak mampu habiskan.

Sumpah aku terkilan. Lebih baik jangan diberi langsung kalau begitu keadaannya.

Bila aku buat makan-makan, aku akan allocate portion sekiranya aku berniat nak kongsi rezeki dengan jiran-jiran.

Dan selalunya aku beli siap-siap bekas tapau in case makanan banyak berbaki.

Makanan yang tak habis ni aku akan bungkuskan untuk tetamu bawa balik, atau aku simpan dalam fridge untuk aku makan sendiri.

Beza ya bagi tetamu bawa pulang, sebab kau dah jamu dia terlebih dahulu.

Entah la, jangan kecam kata aku tak bersyukur. Aku tak tau nak syukur kat mana.

Pukul 9 malam aku pun da siap makan, da siap kemas dapur. Tengah santai-santai sebelum nak masuk tidur da pun. Tiba-tiba ada jiran hantar makanan yang berbaki tak habis dan sejuk kedaung.

Aku tinggalkan dulu sebab masih kenyang baru lepas makan malam. Bila aku buka balik untuk makan sesuap dua, tengok kuah lodehnya pun dah berbuih.

Hmm.. Sedih aku. Bukan sedih sebab tak dapat makan. Sedih sebab aku pulak yang kena buang makanan sebab tuan rumah kononnya sayang nak buang makanan sendiri.

Lalu dia bagi pada jiran, yang akhirnya terpaksa dibuang juga sebab dah tak elok.

Tolong la, kalau nak bersedekah, bagi la yang terbaik. Bukan baki benda yang kita tak nak dah. Aku sendiri tak sampai hati nak sedekah pakaian-pakaian lama walaupun masih elok.

Aku sendiri akan beli yang baru untuk disedekahkan terutamanya jika musim banjir. Pakaian lama selalunya aku hantar kitar semula atau terus dibuang sahaja.

Pernah sekali awal-awal aku belajar memasak, aku buat sup kepala ikan. Aku makan, tak sedap. Tak gamak aku nak jamu housemate. Nak buang sayang, nak adjust tak pandai.

So aku ambil kepala ikan tu dan jamu pada stray dog depan rumah. Itupun aku rasa bersalah. Tapi bila tengok anjing tu makan berselera sungguh sampai jilat habis tulang, lega aku.

Sebab stray dog depan rumah aku ni pun aku belikan wet food dalam tin dan jamu diorang makan lepas balik dari kerja. Siap ada mangkuk khas dan latex glove aku standby nak bagi diorang makan.

In return, diorang jaga rumah aku dari orang luar. Siapa terhendap-hendap confirm kena sergah. Sayang betul aku dengan anjing-anjing ni.

Anyway, terima kasih sudi baca luahan aku. Suami aku cakap tak payah fikir la, move on saja.

Ya, aku harap dengan luahan ni aku mampu hilangkan rasa terkilan tu.

Terima kasih sudi membaca.

Sumber – Daisy (Bukan nama sebenar)