Ikan Rebus Versi Kelantan & Thai Yang Super Sedap. Bau Masa Rebus Memang Membuka Selera. Ni Cara Membuatnya! Lauk Pauk Pilihan Resipi Ikan Rebus Versi Kelantan & Thai Yang Super Sedap. Bau Masa Rebus Memang Membuka Selera. Ni Cara Membuatnya!

Ni Cara Membuatnya!

Ikan rebus versi Thailand dan Kelantan ini sedikit berlainan dengan ikan rebus biasa. Rasanya memang sangat sedap dan cukup-cukup menyelerakan. Ikan rebus ini boleh juga dijadikan ikan goreng atau boleh terus dicicah dengan budu. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan.

Jika nak makan sebagai ikan goreng, boleh terus goreng macam tu je dengan minyak panas. Tak perlu letak garam atau apa-apa serbuk perasa sebab rasa perapan masa rebus tadi dah cukup menyerap pada ikan. Makan dengan nasi panas-panas memang terbaik tau. Gerenti bertambah nasi!

Resipi Ikan Rebus Versi Kelantan & Thailand Yang Super Sedap

Cara Memasak Ikan Rebus :
Untuk 15 ekor ikan. Masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan limau purut 15 helai ke dalam periuk.

Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.
Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dlm peti makin sedap. Akak simpan sekali dengan periuk. Nak makan nanti keluarkan dari peti, panaskan atas dapur terus. Senang.

Dah siap tadi. Akak tambah air panas lagi 1 cawan, sebab kita orang suka makan kuah dia.
Ni yang dah digoreng, perlukan kesabaran sebab dia meletup-letup sikit. Akak buka api slow tutup dengan tudung periuk.
Kalau malas nak goreng, makan macam tu pun sedap.
Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Vi Ibi Haji Ariffin