Ibu ayam jaga, lindungi tiga ekor anak kucing di bawah kepaknya seperti sedang mengeram

Ayam betina lazimnya sangat bersifat melindungi terutamanya jika masih terdapat anak-anak ayam berada di bawah jagaannya.

Namun bukanlah menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing – yang bukan daripada spesiesnya!

Ia disaksikan sendiri oleh seorang petani yang terkejut apabila melihat ayam betinanya menunjukkan ciri keibuan dan menjaga tiga ekor anak kucing.

petani itu dapat dilihat menghampiri ayam peliharaannya. Pada mulanya, tiada perkara yang pelik dan aneh berlaku.

Namun setelah memeriksa, dia mendapati bahawa terdapat tiga ekor anak kucing comel yang bersembunyi dan duduk di bawah tubuh ayamnya.

Seolah-olah ayam betina berkenaan mengeram telurnya. Tidak sangka pula ayam akan melakukan sebegitu terhadap haiwan yang bukan sejenis dengannya.

Ternyata haiwan sememangnya mempunyai naluri keibuan yang kuat dan sangat penyayang juga bukan?

sumber ;rea baharu