Hidangan paling disukai ramai… Sambal Kentang Ikan Bilis boleh buat bertambah nasi
BUNTU nak masak apa hari ini? Apa kata cuba masakan ‘simple’, namun boleh membuatkan anda bertambah nasi.
Jangan tidak percaya, sambal kentang ikan bilis ini memang antara menu kesukaan seisi keluarga biarpun banyak lagi lauk lain terhidang.
Gabungan rasa kentang dan bilis yang digaul dengan cili boleh membuatkan anda rasa puas menikmatinya dengan nasi atau bersama roti.
Terlebih pedas, boleh buat kepala anda berpeluh!
Bahan-bahan
4-5 biji ubi kentang potong nipis, gaul kunyit garam, goreng dan ketepikan
Ikan bilis goreng dan ketepikan
1-2 biji limau kasturi
Bahan-bahan ditumbuk / dikisar
4-5 ulas bawang merah
5-6 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan anda)
2-3 biji cili padi merah
1 biji merah besar
(jangan kisar terlalu hancur)
Cara-cara memasak
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar sampai naik minyak
2. Masukan sedikit garam atau perasa tambahan mengikut kesukaan anda
3. Apabila sudah cukup rasa, tutup api… biarkan sambal itu dalam 5 minit untuk sejukkannya
4.Masukan kentang dan bilis yang sudah digoreng… gaul sehingga sebati
5. Perah limau kasturi
Okay siap, sedia dimakan!
sumber ;mstar