hampir buang Berlian ke dalam t0ng sampah, warga emas terkejut Rupa-rupanya Harga Berlian tulen Tersebut RM11.43 juta

Seorang wanita warga emas terkejut apabila menemui sebutir berlian 32 karat bernilai £2 juta (RM11.43 juta) yang hampir dibuang ke dalam tong sampah, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Wanita berusia 70-an itu membeli berlian tersebut dalam satu jualan car-boot beberapa tahun lalu, namun tidak pernah mengetahui nilainya selain menganggap ia adalah sebutir berlian perhiasan tiruan.

FOTO – BBC
Dia hampir membuang berlian tersebut yang ditemui bersama beberapa barang perhiasan lain ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.

Wanita itu bagaimanapun membawa berlian itu untuk dinilai selepas didorong oleh seorang jiran. Dia terkejvt apabila mendapat tahu bahawa ia merupakan sebutir berlian tulen.


FOTO – BBC
Sementara itu, seorang wakil dari firma lelongan Featonby’s di Utara Tyneside, Lane berkata, wanita berkenaan datang kepadanya bersama satu beg berisi barang kemas dan berlalu pergi kerana mempunyai janji temu lain.

FOTO – Firstpost
“Ia berada di dalam kotak bersama-sama beberapa barangan kemas bernilai rendah.

“Kami menemui batu berlian besar dan saya pada mulanya menyangka ia merupakan kubik zirkonia iaitu sejenis berlian tiruan,” katanya.

Lane kemudiannya hanya membiarkan berlian itu di atas mejanya sebelum menilainya menggunakan mesin penguji.

“Kami kemudian menghantarnya kepada rakan di London sebelum ia disahkan oleh pakar dari Antwerp, Belgium sebagai berlian 32 karat,” kata Lane. – AGENSI

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: K! ONLINE