Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu

Buah strawberi ini memang sedap dimakan segar sebab itu ramai yang sanggup beli walaupun mahal.

Tapi ada juga situasi dah beli banyak dan mahal akhirnya busuk pulak bila simpan dalam peti sejuk. Semuanya gara-gara tak tahu cara simpan yang betul.

Bagi memastikan buah strawberi ini kekal segar dan tahan lama hingga dua minggu boleh guna tip yang dikongsi oleh Rahayu Rosli. Tip sesuai sangat untuk yang baru balik Cameron Highland dan homebaker yang menggunakan banyak buah ini.

Cara simpan buah strawberi supaya tahan lama
Mesti ada yang penggemar strawberi atau bakers-bakers yang selalu guna strawberi. Hari ini sis nak share cara simpan buah strawberi supaya tahan lama, tak berkulat dan berair. Insya-Allah boleh tahan satu miggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).

Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, tiada kuning atau hitam, insya-Allah buah masih segar. Caranya;

1. Kita perlukan buah strawberry, tisu ( tisu yang tebal ya, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik )

Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu2. Bekas untuk simpan. Saya guna bekas letak kek saja. Pastika bekas itu dibuat lubang supaya udara dapat keluar masuk. Nanti takdelah air bertakung dalam bekas. Saya tebuk bekas guna pemutar skru.

Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu
3. Basuh tangan dulu kemudian ambil buah, letak atas tisu. Seterusnya balut buah strawberi satu persatu hingga menutup semua bahagian.

Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu

4. Bila dah semua buah strawberi selesai dibalut, susun dalam bekas tadi. Pastikan bekas tak terbuka.

Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk bahagian bawah.

Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu
Ini hasil strawberi yang masih segar untuk hiasan kek.

Guna Tisu Saja, Tip Simpan Buah Strawberi Supaya Tahan Lama & Kekal Segar Hingga 2 Minggu
Semoga bermanfaat

Sumber: Rahayu Rosli