Gaduh tanah pusaka, ibu dikerat 15 oleh anak sendiri

PARIT BUNTAR: Polis menemui 15 potongan daging menyerupai manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian di sini, hari ini.

Berikutan penemuan itu, seorang lelaki berusia 42 tahun yang juga anak mangsa, ditahan polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 3.30 petang dan menghantar sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah dan dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjan (IPK) Perak ke lokasi kejadian.

“Cebisan daging yang ditemui dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun

Susulan kejadian, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa.

“Polis turut merampas sebilah parang, dua bilah pisau dan barangan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu,” dalam satu kenyataan, malam ini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati punca kejadian ialah suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya iaitu suami mangsa.

Mior Faridalatrash berkata, suspek dan ibunya tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian mendiang bapanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

sumber;b harian