Dengar tapak kaki suami dah buat aku berdebar2. Sakitnya jd isteri. Aku call mak, tak trtahan. Aku nangis sepenuh hati

 Foto sekadar hiasan

Entah nak mula dari mana. Semua nya bercelaru.

Tadi suami aku suruh tidur kan anak tetapi aku kata aku lapar. Aku ajak lunch dulu sebab aku tak sempat breakfast pun. Lagipun aku dah siap masak, anak aku pun tadi dah tidur dalam kereta masa keluar beli barang.

Suami aku mengamuk, dia ambil anak bawa masuk bilik. Anak aku menangis kena paksa tidur. Baby baru 6 bulan tengah seronok nak merangkak explore rumah.

Aku tak sampai hati dengar. Aku pun mengalah biar lah aku yang tidur kan anak, aku suruh dia pergi makan dulu. Dia tolak aku halau aku suruh aku keluar dari bilik tu. Sedih nya.

Aku dah cuba jadi isteri yang sempurna tetapi tak pernah cukup di mata dia. Bila aku masak selalu komen itu tak kena ini tak kena. Kadang makan sikit saja, lepas tu angkat pinggan bawa ke sinki.

Aku penat urus kan rumah urus kan anak. Suami aku bukan tak tolong tapi ada masa tertentu saja. Ikut mood dia.

Makan tak pernah basuh pinggan, dekat mana dia minum cawan dekat situ lah dia tinggal tak berkutip. Kalau buka plastik makanan atas sofa, sampai hari seterus nya lah dekat situ. Tak berkutip sampai aku yang kemas kan.

Aku penat. Urus rumah seorang diri. Terkejar masak, terkejar anak. Suami aku main game berjam jam lama tapi akhir nya aku juga lah yang akan dihamun itu tak kena ini tak kena.

Beberapa hari lepas hari jadi suami aku, aku nak beli kan kek surprise tapi aku tanya dulu sebab aku takut kena marah (suami aku suka marah aku). Dia marah juga. Dia kata tak payah membazir, kek tu bukan dia yang nak makan tapi aku yang nak.

Sedih nya aku dengar. Aku betul betul ikhlas nak bahagia kan dia. Aku beli kan hadiah dari shopee tapi aku tanya dulu sebab takut dia marah. Dia pilih hadiah sendiri aku lega dia tak marah.

Aku kadang kadang tertanya kenapa aku pilih suami aku. Daripada mula kahwin sampai sekarang aku korbankan semua. Beban hutang bulanan kami hampir 80% semua atas duit aku.

Aku tak pernah berkira, aku cuba sama sama ringan kan beban tapi aku jarang dihargai. Tak ada ucapan terima kasih.

Bila aku mengadu penat dia akan condemn aku semula. Kata nya aku kerja separuh hari, anak baru seorang. Dia kerja bawah panas terik, kerja sampai lewat petang. Aku terdiam.

Aku berpindah ikut dia tinggal kan kehidupan yang selesa di sisi keluarga di kampung. Tinggal kan tempat kerja yang sangat best ke bandar yang sesak, yang memakan banyak belanja.

Tetapi tetap juga aku tak dihargai. Tak pernah sekali pun dia minta maaf di atas pengorbanan aku. Tak pernah sekali pun dia ucap kan terima kasih.

Bila aku ungkit dan merungut dia akan kata sepatut nya aku tak kahwin dengan dia dulu. Ego nya tinggi melangit. Aku jadi sakit.

Aku tak pernah diberi nafkah malah semua duit gaji aku habis kan untuk menampung keperluan kami. Belanja kahwin juga hampir semua nya aku tanggung sendiri.

Aku ikat perut. Beli cincin emas sendiri. Beli hantaran sendiri. Segala galanya sendiri. Wang hantaran pun keluarga aku tidak minta.

Tetapi atas ihsan bapa mertua ku, aku diberi 5k yang semua nya aku beri ibu dan ayah untuk belanja katering. Kadang lepas solat aku tanya pada Allah kenapa Allah jodoh kan aku dengan suami ku? Kenapa jalan takdir ku begini?

Sebelum kahwin aku berazam untuk bergantung hidup dengan lelaki yang serba boleh seperti abah dan abang sulungku.

Abah urus kan semua hal rumah tangga termasuk hal hal seperti income tax itu ini. Abang sulung aku juga seperti abah, sangat boleh diharap, kami adik beradik masih sentiasa minta pendapat dia jika ingin lakukan sesuatu.

Tetapi rupanya selepas aku kahwin aku jadi sangat berdikari. Semua nya suami aku akan suruh uruskan seperti renew road tax, renew insuran dan sebagai nya.

Selepas kami accident, aku juga yang bertungkus lumus email pihak insuran untuk claim loss of use. Aku urus kan hal taska anak. Aku urus kan itu, urus kan ini.

Pernah masa aku declare income tax aku tanya pada rakan sekerja aku, macam mana dia buat ni sebab masa tu aku newbie tak reti nak isi borang online tu.

Jawapan kawan aku sangat menusuk jiwa. Saya tak tahu sebab selama ni suami saya yang urus kan. Aku terpaksa jadi pandai, aku terpaksa ambil tahu banyak benda demi memudahkan hidup kami.

Suami aku pernah beli kan iphone guna telco digi dia tetapi aku yang bayar bulan bulan. Itu saja lah hadiah dari suamiku untuk aku.

Belanja anak sejak dia lahir sehingga ke hari ini hampir 80% juga semua atas duit aku. Semasa kami pindah aku habis kan semua duit saving demi mencukup kan keperluan dalam rumah.

Sedih ye. Aku tak pernah tersedar semua ini sehingga aku dimarah lagi dengan suami aku harini.

Lauk yang aku masak tidak diusik. Dia rela makan megi. Dia rela tidur di luar hempas pintu bilik bila nampak aku seolah olah aku ini musuh yang paling dia benci sedangkan tadi dia main game dengan kawan bicara nya lembut.

Aku tak pernah tahu sakit nya jadi isteri sampai begini pedih nya. Terlalu sakit. Aku tertekan. Aku nak balik kampung tetapi aku tiada alasan kukuh.

Aku menangis di dalam kereta seorang diri petang tadi. Aku call mak, aku cuba untuk kuat berpura pura kuat tetapi akhirnya aku menangis sekuat hati.

Suami aku tak peduli ke mana aku pergi. Tiada panggilan telefon tiada apa. Kalau aku dilanggar mti pun mungkin suami aku orang terakhir yang tahu.

Sebelum aku habis kan tulisan ini suami aku hantar satu mesej di instagram ciri isteri derhaka. Derhaka macam mana nya aku ini?

Derhaka kah aku kerana aku diam sepanjang hari selepas aku dimarah? Aku terlalu takut sebenarnya sehingga kan tapak kaki nya juga buat aku berdebar debar.

Sedih nya ya Allah.

Reaksi Warganet

Miera Wahab –
Tolonglah keluar daripada perkahwinan sebegitu sementara anak baru sorang. Jangan sampai anak dah 4-5 orang, baru terfikir nak selamatkan diri tapi masa tu nanti akan bagi pulak alasan “bertahan demi anak”.

Entahlah, mungkin saya wanita yang sabarnya lagi nipis daripada kulit bawang. Sebab tu Allah takdirkan saya tak berjodoh dengan suami begini.

Allah maha mengetahui. Kalaulah ditakdirkan jodoh saya begini, mungkin dah ke penjara saya sebab bnuh suami. Nauzubillahiminzalik

Zawiyah Kaderi –
Awak telah mengabaikan semua red flags sebelum kahwin. Jawapan sebenar ada jauh di dalam diri awak sendiri. Nun jauh di dalam.

Takda sesiapa pun boleh faham kenapa begitu rendah sekali awak meletakkan harga untuk diri sendiri. Awak sahaja memegang kunci persoalan ini.

Adakah awak selalu menonton ‘fairy tale’ dimana berlaku miracle miracle besar. Tiba tiba suami bangun pagi dan jadi orang lain? Dia sudah menunjukkan wajah sebenarnya begitu lama.

Shairani Ramli –
Suami zalim. Tak melunaskan hak hak isteri. Antara hak hak suami ke atas isteri ialah suami wajib menyayangi, melindungi, mendidik dan menggembirakan hati isteri.

Di mana ada kemanisan berumah tangga kalau hak hak ini diabaikan? Ia hanyalah satu pend3raan mental kepada isteri. Saya cadangkan TT untuk consult pakar kaunseling atau perunding di jabatan agama. Jangan tuntut fasakh secara terburu buru

Rohayati Ismail –
Persiapan kahwin semua awak buat sendiri. Sampai bapa mertua kesiankan awak dengan bagi rm5k. Itu semua tanda dik. Tanda yang sepatutnya awak tak teruskan perkahwinan.
Tapi yelah, jodoh kan. Lagipun awak yang buat pilihan. Awak yang kena hadap.

Tapi sekarang awak ada pilihan lagi. Adakah mahu terus hidup tersiksa bersama suami tak guna. Atau keluar dari perkahwinan dan hidup bersama orang yang menyayangi awak.

Satu kesalahan perempuan, bila dah sayang dia rasa dia boleh ubah seseorang “dia pasti berubah sebab dia sayang aku”. Nehiiiiii……

Norizan Mamat –
Salam. Big hug… erat erat tau…

Camni, segala apa yang confessor lalui ni, banyak isteri lalui. Berdikari buat semua perkara. Tetapi, bezanya isteri jadi ikhlas dan bahagia bila suami menghargai dan membahagiakan.

Cadangan makcik, sesekali cakap pelan pelan pada suami…

“Abang, saya hidup tak mahu masuk neraka bila mti. Saya berkahwin dengan harapan saya dipimpin ke syurga.

Tetapi, dengan sikap abang yang begini, dan saya tak mampu jadi isteri yang baik untuk abang, mungkin akhirnya saya ke neraka ciptaan abang.

Jadi, jika abang tak mampu berikan syurga dunia saya, dan menjanjikan neraka buat saya sebagai isteri derhaka, abang boleh la lepaskan saya dan carilah isteri yang membahagiakan abang. Saya tak mampu. Hidup bagai dalam neraka, mti juga bukan di syurga.

Suami yang baik adalah suami yang sentiasa mendoakan yang baik baik juga untuk isteri dia. Seperti saya sentiasa mendoakan yang baik baik untuk rumah tangga kita”

Mungkin boleh olah ayat sebaiknya dan lebih ringkas lagi.

Semoga dapat membantu. Makcik pernah guna ayat di atas (lebih kurang) waktu kami baru kawin dan suami kemaruk dengan kuasa dia sebagai suami mengenai redha dan katanya tanpa redha suami, isteri masuk neraka itu ini.

Selepas makcik gunakan ayat di atas, Alhamdullillah, dia macam tersentak dan lepas tu, sekali pun makcik tak pernah dengar dia cakap lagi.

Just untuk info, jika kita tak redha dengan segala apa yang kita keluarkan dan tak redha dengan nafkah tak cukup yang suami beri, nanti BIMBANG, kita suami isteri berpimpin tangan ke neraka…. orang lain nak berpimpin tangan ke syurga… huhuhu…

(buat perkara baik tanpa pahala… masing masing berdosa sesama sendiri). Sedangkan perkahwinan itu sendiri adalah ladang pahala.

Satu lagi cara, mohon doa dari Allah… “Ya Allah ya Tuhanku, berikan aku kesabaran yang tidak terhingga”

Kemudian, berlapang dada, dan menjawab jika perlu dan bersedia untuk terima apa saja yang Allah sediakan untuk kita dihadapan (samada suami berubah jadi baik, atau sebaliknya)

Itu pendapat seorang makcik yang bukan ustazah tau !

Sumber – Isteri yang tidak sempurna (Bukan nama sebenar) via IIUMC