Budak Dalam Kain Atok Waktu Solat Terawih Buat Netizen Tak Tahan Gelak

Kebiasaan pada bulan ramadhan, solat berjemaah seperti terawih biasanya berlaku di masjid tetapi disebabkan oleh PKP rata-rata masyarakat kita melakukan ibadah tersebut dirumah. Baru-baru ni viral satu video di Facebook gelagat seorang budak yang cuba masuk di bawah kain atuknya sewaktu menjadi imam solat berjemaah.

Video itu menjadi bualan ramai netizen dengan telatah lucu seorang budak yang masuk ke dalam kain atuknya semasa menjadi imam solat terawih. Jom kita sama-sama lihat video tersebut.
Rata-rata netizen yang menonton video merasakan sangat lucu. Terutama apabila budak itu cuba membuka dan masuk ke dalam kain lelaki yang bergelar atuk.

Kebanyakkan netizen merasakan budak itu sangat comel dengan telatahnya.

Kredit: شهارودين سرلن