Bila tahu aku nikahi bekas suaminya, akak meroyan. Mula datang menyerang kami di rumah mertua. Tp akhirnya, aku dan suami pula yg dihalau

 Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.

Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang isteri seperti dibawah.

Salam admin..

Ni kisah saya 5 tahun awal selepas bernikah. Sebelum nikah saya dah ada aset (kereta dan kelengkapan rumah termasuk perkakas elektrik kecuali rumah). Jadi atas permintaan suami, kami tinggal bersama mentua perempuan.

Kebetulan rumah sewa bekas wife suami iaitu kakak saya selang 5 buah rumah je. Bermula lah gangguan demi gangguan yang datang.

Kisahnya bermula selepas akak tau saya yang kawin dengan bekas suami nya akak terus jadi meroyan (dulu akak pernah ser4ng saya secara ditempat kerja) macam2 dia cakap.

Dia m4ki hamun semua tapi saya hanya diam, tapi pedih juga min nak telan benda yang kita TAK BUAT.

Akak seakan tak boleh terima pernikahan kami saya dan suami apatah lagi perpisahan akak dan suami dengan talak 3.

Punca bercerai sebab akak dulu suka abaikan suami. Suami sudah berkali2 nasihatkan saya untuk terus bersabar dan tidak sekali2 akan tinggalkan dia.

Keadaan berlanjutan berbulan2. Hampir setiap malam rumah MIL diser4ng.

Sampai 1 tahap MIL tak tahan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi naik.

Bermula dari situ ipar duai mula mem4ling muka. Mula menarik balik sikit2 apa yang mereka sediakan untuk MIL.

Sejak dari itu akak dah ada perubahan sikit, sudah mula cool down. Sms call saya minta maaf.

Saya tak simpan apa2 dend4m, malah gembira sebab akak boleh terima saya sebagai kawan. Selalu juga kami keluar bawa anak2 jalan (tanpa suami). Atas sebab akak tiba2 nak kerja

(sebelum ni suami yang tanggung semua perbelanjaan dan bil akak selepas mereka cerai. dan akak tak pernah kerja sebab ada anak umur 3 tahun yang tak nak berenggang)

Setelah berbincang, saya setuju untuk membantu (menguruskan hal ehwal anak2 di rumah akak setelah akak pergi kerja). Jadi bermula rutin saya sebagai pembantu.

Alhamdulillah anak2 suami semua baik2 terima saya sebagai ibu tiri mereka termasuk yang bongsu sangat2 manja dengan saya.

Awal pagi lepas akak pergi kerja, saya akan ke rumah, kemas.. masak, basuh baju. Semua sekali lah saya buat.

Tengahari anak2 yang lain balik sekolah, saya akan bersiap (bawa baju siap2 untuk kerja).

Macam bodh je kan?? hahaha tapi saya ok je.. saya kerja promoter bebas, jadi semua temujanji saya buat petang lepas zohor.

Pukul 6 saya akan balik sebab suami akan sampai rumah pukul 7.. terus siapkan makan malam di rumah MIL pula.

Kadang2 tu penat sangat. Penat yang dicari sendiri.

Selang 2 3 bulan akak buat hal balik tanpa sebab saya diser4ng lagi. Kalini saya dituduh pakai ilmu (dalam masa sama MIL kerap ke rumah akak lepas saya pergi kerja dan kerap juga bercerita bab2 syrik dan t4hyul ni).

Terkejut saya bila MIL juga mengia kan kata2 kakak. Buktinya anak2 akak dah mula sayang saya, dah mula sebut2 pasal saya. Yang bongsu setiap malam cari saya bila nak tidur.

Kes saya dengan suami diungkit semua, kakak saya kata saya bmohkan suami dari jauh, saya yang runtuhkan rumahtangga mereka. Terus MIL halau saya dari rumah.

Maka menyewa lah kami, tapi tak jauh sangat dari sana.

Tiba2 lewat malam suami dapat sms dari akak saya katanya anaknya yang bongsu demam teruk. Bergegas suami pergi sana guna kereta saya (aset suami semua dir4mpas akak-kereta dan motor sebab guna nama akak)

Saya tunggu dirumah, sampai subuh suami tak balik. Pagi pun tak nampak bayang. Fon suami pun off.

Hati mula tak sedap, saya nekad juga masuk office naik bas. Petang tu, suami datang dalam keadaan lemah, tak bermaya macam menahan sakit. Nampak juga lebam2 di tangan dan muka.

Tenang suami bercerita berselang dengan linangan airmata. Katanya dia dipukul tapi dia tak lawan, katanya biarlah dia.. biar dia puas.. itu mungkin balasan untuk saya (suami).

Punca akak pukul suami sebab kereta, motor kena tarik tak bayar. (suami sengaja tak bayar kerana ego akak sendri) kereta saya pun habis 4 tayar di robek. Body kereta dicalar2.. tak palah harta dunia.

Dari sana suami jalan kaki ke pejabat saya (3 jam dia berjalan dalam keadaan macam tu)

Selang seminggu lepas kejadian, sakit pada belakang badan suami masih tak hilang. Malah bertambah sakit, terpaksa ke hospital x ray, tulang blakang suami retak. Sejak itu menganggur lah suami.

Nak keja macam mana, transport tak ade.. Mc pun berbulan2.. tak boleh kerja berat.. tak pe dugaan untuk saya pula.

Saya pula disahkan hamil.. dalam keadaan ekonomi yang bercelaru, kami diuji lagi dengan kehamilan pula.

Sikit2 perkakas rumah saya jual pada jiran dan kawan2. Hanya tinggal set bilik tidur, tv, dapo untuk masak dan sofa yang dah lusuh.

Kereta pun saya terpaksa jual sebab tak mampu nak bayar. Rumah sewa pun kadang2 tertunggak. Sampai saya hampir melahirkn, baru suami mencari kerja. Alhamdulillah, ringan sikit bahu saya..

Masa ni kami hanya ada kawan2, sanggup dia keluarkn duit muka dan bayaran 3 bulan kehadapan untuk sebuah motor untuk kami. Terharu sangat2.

Hampir setiap bulan dia beri kami sedikit duit untuk belanja..

Adik beradik suami, semua hilang. Belah saya, adik2 masih sekolah. Mak saya pula ibu tunggal, pun dia yang belikn kelengkapan bayi, bil hospital.

Hanya linangan airmata yang saya luahakn tanda terima kasih pada mereka..

5 tahun awal perkahwinan perit sangat. Saya tak rasa pun penangan bulan madu. Tak menikmati pun keindahan CINTA.

Tapi tu la, dugaan dan cabaran saya harungi sampai harini min. Tapi kami bahagia. Doa kan kami

Sekian