Bertahun lps tinggal dgn keluarga angkat, ibu kandung ingin berjumpa. Menangis meraung ibu kandung aku hari tu

 


Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum pembaca sekalian, Ini adalah kisah benar. Aku minta maaf kalau cerita ini ada mengguriskan hati mana-mana pihak.

Yes, aku merupakan anak hasil hubungan luar nikah dan aku bangga dengan diri aku sebab aku tak pernah malu pun aku merupakan anak luar nikah hasil dari dua hamba Allah yang bernfsu tanpa memikirkan kesan jangka panjang apa yang akan berlaku nanti.

Sejak kecil aku dijaga oleh ayah dan ibu angkat yang menjaga aku. Ayah angkatku merupakan seorang polis manakala ibu angkatku merupakan seorang kaunselor di sebuah universiti.

Alhamdulillah, aku dijaga dengan baik sekali oleh ayah dan ibu angkatku. Ditatang bagai minyak yang penuh seperti anak sendiri.

Seperti sedia maklum, Yes, aku ber-Bin Abdullah bukan nama ayah angkatku. Alhamdulillah aku tak pernah malu pun.

Sejak kecil aku memang tahu aku adalah anak angkat tetapi aku tak pernah rasa macam aku anak angkat sebab aku dilayan sama rata oleh 2 adik angkatku yang lain.

Ibuku sering mendidik kami saling mengasihi antara satu sama lain dan Alhamdulillah dua-dua adik angkatku mempunyai akhlak yang baik dan sangat menyayangi sesama kami.

Sepanjang aku membesar, tidak pernah aku membesar dengan kejian seperti ini.

“Kau anak haram”

“Kau anak angkat”

“Kenapa Bin Abdullah”

Alhamdulillah aku membesar dengan baik tanpa ada pressure dan tentangan dari rakan-rakan sekolah. Ibu dan ayahku sering memberi motivasi kepada ku dan ibu ku telah menetapkan satu peraturan di rumah.

Setiap ahli di rumah wajib mempunyai journal harian untuk ditulis dan akan disemak oleh ibu setiap hujung minggu waktu perjumpaan (usrah) keluarga setiap malam ahad.

Melalui situ, aku akan ceritakan semua isu dan masalah yang aku hadapi malah isu adik adik angkat yang lain turut serta untuk dibincangkan waktu itu.

Alhamdulillah, aku tak pernah malu ber-Bin Abdullah. Walaupun sering ditanya mengapa nama ayah aku berbeza dengan nama aku di dalam IC.

Tetapi Alhamdulillah aku memilih untuk berterus terang sebab aku tak suka untuk menyimpan dan memendam perasaan.

Ibuku sering menekan perkara ini. Beliau sering berkata ;

“Kalau ada isu or masalah cuba cari someone yang abang percaya untuk kongsi kalau ummi jauh dari abang. Jangan pernah simpan. It’s okay to rant/vent.”

“Your allowed to do whatever you want to get your peace of mind. Its okay to rant.”

Lebih kurang macam tu. So that, abang tak perlu membawa beban sehingga bila-bila. Just let it go.

Alhamdulillah, ayahku seorang yang sangat baik walaupun orang cakap polis mesti tegas or garang tetapi tidak ayahku sangat lembut dalam berbicara especially terhadap anak-anak.

Sepanjang aku membesar ayah tidak pernah memarahi ku sebaliknya menggunakan nasihat sekiranya aku dan adik adik angkat aku ada berbuat salah.

Rotan memang tidak ada di rumah kami sebab ibu sudah berbincang dengan ayah tidak mahu meninggalkan kesan fizikal dan emosi terhadap anak-anak.

Alhamdulillah, hasilnya aku mendapat keputusan cemerlang sejak UPSR sehingga ke ke universiti. Ayah dan ibu sangat berbangga dengan aku dan sering berpesan kepada aku untuk menyebut perkara ini apabila mendapat perkhabaran gembira atau keputusan yang cemerlang ;

“Haza min fadli Rabbi. This belongs to Allah.”

Suatu hari, waktu aku cuti musim panas di Malaysia ummi dan ayah memanggil aku untuk memberitahu sesuatu perkara tentang ibu kandungku yang masih hidup.

Yes, ibu masih hidup. Ummi bertanya sama ada aku ingat berjumpa atau tidak. Sebab ibu kandung aku rindu yang teramat.

Alhamdulillah, pertemuan aku dengan ibu kandung aku dalam suasana yang penuh emosi. Ibu kandungku menangis meraung raung meminta ampun dan maaf yang tak terhingga. Aku pun turut menangis dan mententeramkan keadaan.

Aku cakap “ takpe ibu. Don’t let your difficult past define your today. When you focus on the past, you choose to be a victim of the past. Past is gone. So let’s focus here and now (taught by ummi). Abang tak pernah salahkan ibu. It’s not your fault. Itu semua syaiitan punya salah! Sebab hasut ibu.”

Ibu kandungku memberi tahu bahawa ayahku sudah lama meninggal dunia akibat kemlangan. Al-fatihah (dibaca) untuk aruwah ayah kandungku. Ibu kandungku mempunyai suami baru dan bersama anak anak suami yang baharu. Suami baru ibu tahu akan perkara ini.

Alhamdulillah semua dipermudahkan. Pertemuan kami dibanjiri air mata setiap insan yang hadir ketika itu. Ibu kandungku berpesan jangan lupakan beliau dan juga Ummi (ibu angkatku).

Ummi dan ayahku (angkat) memberitahu aku berhak nak pilih untuk tinggal dengan sesiapa sekarang sebab aku sudah berumur 23 tahun tetapi aku tetap memilih untuk terus bersama ummi dan aku tetap tak akan lupakan ibu.

Alhamdulillah ibu kandungku sudah banyak berubah dan solat dijaga dengan baik. Sentiasa menjaga aurat which is aku nampak past is past. Jadi, aku focus yang sekarang yang ada di depan mata iaitu ibu yang sekarang bukan yang dulu sewaktu muda. Beliau rajin membuat panggilan dan bertanya khabar dan aku sangat senang melayani beliau.

Untuk masa yang akan datang aku perlu bersedia sekiranya aku ingin berkahwin ke, my future wife perlu tau siapa aku. Siapakah yang akan menjadi wali aku semua tu aku ketepikan dulu sebab masa tu belum datang. Chill, aku nk balas jaga ummi, ayah, dan ibu kandungku dulu.

Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku berjaya sampai tahap ini adalah asbab doa ibu kandungku juga kerana doa seorang ibu itu mustajab. Doa ummi, doa ayah, dan doa ibuku. Itulah kuasa doa.

Doakan aku habis belajar ya? Alhamdulillah jiwaku tenang sekali. Ingin sekali ku berikan ketenangan ini untuk dikongsi bersama kalian. Tetapi apakah daya hati ini kan sifatnya berbolak balik?

Aku sekarang sekarang sudah berada di tahun akhir jurusan perubatan universiti swasta. Segala pembiayaan pembelajaran aku ditanggung oleh scholarship.

Aku sering dengar bahawa anak luar nikah ni jahat, tak punya masa depan, genetik tak bagus. It’s totally wrong. Everyone makes mistakes, dont be too hard on yourself. No one is perfect and you can use this as a learning experience.

Alhamdulillah Doakan aku ya mana tahu setiap apa yang aku tulis dan cakap ni Allah uji nanti. Minta dijauhkan.

Untuk anak-anak yang ber-Binkan Abdulllah, please jangan malu. Be proud of yourself for how far you have come, and never stop pushing to be the best you can be. Try to see good in everything. InsyaAllah you can do this ♥️

Ummi aku selalu cakap perkara ni ;

“Setiap anak itu ibarat kain putih, bersih, wangi, tiada kotoran. Ibu bapa lah yang ada kuasa untuk mencorakkan kain putih itu. So pada hari ini, ummi dan dan ayah telah mencorakkan abang dengan seni yang paling cantik untuk abang bawa diri abang.

Now, ini adalah masa untuk abang mengindahkan hidup orang lain. Dan ummi percaya, setiap kain yang dicorak tidak betul akan ada pembersih/removal yang boleh membersihkan corakkan itu walaupun meninggalkan sedikit kesan.”

Yang benar,

Reaksi warganet

Zakiah Othman –Saya kalau baca bab anak luar nikah. Persoalan pertama dlm kepala, anak lelaki ke perempuan. Bila dah dapat tahu lelaki mesti lega sebab 1 masalah yang akan diungkit adalah wali, tidak akan timbul. Terus baca terjumpa pula bab nak kawin nanti. Aduh…adik tak kan xtau..😔

Noorlaila Ahmad –Masya Allah. Sangat kagum didikan ibu bapa angkat tt. Dan they have done a good job, Insya Allah. Semoga hidup tt sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt dan berbahagia dunia dan akhirat..Aamiin

Ammar Yasser –Hadoi, tengah syok2 baca, dalam hati pandai budak ni. Cemerlang result, belajar smpai oversea. Tetiba nak kawin nanti nak kena ada wali pulak. Awak tu lelaki. Alahai. Tu subjek Pendidikan Islam tingkatan 5 punya silibus dik oiiii.

Shamsul Abdul –Kalau dia kata kisah dia kita terima je sebagai kisah dia. Tak semua orang tau hukum hakam nikah. Dia mesti ingat semua orang perlu wali. Tu semua dia boleh belajar nak kawin nanti. Doa baik2 je

Syahida Alma –Sory, ni jasa mak angkat dan ayah angkat yang mulia dan cerdik pandai didik. Lagi pula ibu angkat seorang kaunselor. Dia yang terap nilai2 positif dalam diri awak.

Mak kandung hanya cari bila dah besar. Sebab nak suh awak jaga dia kot bila dia dah tua. Tak payah puji2 sangatt ibu kandung. Apa jasa dia, makbapak angkat tu yang jasa besar. Baik hati bela anak angkat sampai 3 orang. Doa dia yang makbul kot sebab doa orang baik2. Beri makan anak yatim/ anak terbuang. Ingat senang jaga budak. Cuci berak, prepare susu, basuh botol susu sampai lah umur 7 tahun.

Ada ke mak kandung buat semua tu. Jangan beza kan taraf mak angkat ke kandung ke yang bagi makan, tempat tinggal, perlindungan. Real family, tu yang penting. Sebab tu di galakkan pasangan yang xde anak untuk ambil ank angkat banyak2. Jangan tggu smpai 20 tahun x de anak.

Lagi pun boleh di jadi kan anak susuan juga untuk jadi kan pertalian. Tak terbalas tau jasa bagi makan, tempat tinggal, perlindungan.

Serius saya cakap, mengandung bukan lah susah mana pun. Nak jaga anak tu yang susah. Banyak kes family kandung pun bnuh dan dera anak kandung jugak. Beranak sekadar beranak, terpaksa beranak. Jadi x da beza taraf angkat ke kandung ke.

Aminah Siti –Anak yang lahir tak salah. Hidup selayak sebagai manusia. Yang terputus cuma nasab, mahram dan pembahagian harta.

Alhamdulillah awak positif dan dikelilingi keluarga angkat yang baik. Cuma saya tak setuju statement mak kandung tu tak salah, tapi yang salah adalah syaiitan. Syaiitan bukan pelaku, mereka menghasut. Dan manusia terpedaya.

Akhirat nanti pelaku kena hukum dan syaiitan juga kena hukum. Kalau letak kesalahan semua pada syaiitan, kenapa Allah ceritakan tentang syurga dan neraka? Adilkah untuk mereka yang struggle jaga hawa nfsu mereka masa di dunia ni? Betul past is past..

Tapi ikut hukum islam, penziina yang belum berkahwin perlu disebat seratus kali dan diperintahkan supaya tidak perlu belas kasihan pada mereka (surah annur).

Saya yakin ada hikmah kenapa Allah perintahkan begitu. Harini ramai terselamat kerana undang2. Peluang yang ada tu gunakan dengan bertaubat sebaik2 nya.

Saya pernah jumpa yang dah berzina, kahwin dengan dapat suami baik. Tapi masih lagi menggatal, sedih sangat, jangan main2 dengan hukum Allah… If you know who is Allah, you will never do such things.

Sorry kalau apa saya cakap ni telah buat awak tak senang hati. Tak perlu ada stigma yang ziina tu adalah ok.. Banyak keburukan drpd kebaikan..

Sumber – Zeus (Bukan nama sebenar) via IIUMC