Beri Anak Makan Buah Oren Sekali Empulur Putih, Ini Cara Betul Nak Pilih..

Anak-anak jika daripada kecil didedahkan dengan pelbagai jenis buah-buahan pastinya mereka akan terbiasa dengan rasa dan bentuk buah-buah tersebut. Tambahan pula, jika buah tersebut mempunyai banyak air, lagi puas mereka hendak terus makan. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu bijak dalam memilih buah-buahan yang bersesuaian dengan citarasa dan umur anak-anak. Hal ini bagi mengelakkan mereka tercekik ketika makan.

Buah oren adalah antara buah kegemaran si manja. Ibu bapa di luar sana boleh mula mendedahkan anak-anak dengan buah oren kerana mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk si manja.

MAKAN BUAH OREN SEKALI DENGAN EMPULUR PUTIH

Ajar anak makan oren sekali dengan empulur putih. Dalam buah oren, ada kandungan limonoids. Limonoids Ini bertindak sebagai antivirus, antifungus dan antibakteria. Kalau makan oren, bahagian empulur ramai anak-anak kita tak nak makan kan. Tapi yang itulah paling tinggi kandungan limonoids

Sebab tu kalau anak tak sihat, wajib jadikan buah oren kawan baik anak. Ada juga kandungan hesperidin. Sama-sama akan bekerja dengan vitamin C dalam buah oren, untuk jaga jantung, lawan sel kanser dan juga jangkitan kuman.

Bagi anak makan buah oren sebagai buah adalah lebih baik dari jus buah oren. Kalau nak bagi anak minum jus oren, minum sekali dengan empulur dan serat-seratnya, tak perlu tapis. Barulah anak dapat khasiat yang maksima nanti.

PETUA MEMILIH BUAH OREN MANIS
1.Lubang di atas kepala

Pastikan buah oren tersebut mempunyai lubang di atas kepalanya, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kiranya spesies buah oren berlubang ini manis.

2. Tidak mempunyai lubang

Sekiranya buah oren tersebut tidak mempunyai lubang seperti di dalam gambar, maknanya masam. Makan pun sambil pejam-pejam mata. Buah oren seperti ini sesuai jika dibuat jus oren. Kesimpulannya, buah oren yang tidak berlubang ini selalunya masam.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan, rasa