47 Tahun Terpisah, Kakak Sangka Adiknya Telah Terbunuh, Suasana Sebak Apabila Mereka Bertemu Semula
Selama ini, seorang wanita warga emas di Kemboja, Bun Sen, 98, menyangka kakak dan adik lelakinya terbunuh ketika pemerintahan kejam rejim Khmer Rouge era 1970-an.
Namun, siapa sangka takdir menyebelahinya apabila saudara kandungnya itu masih hidup.
BBC melaporkan mereka bertemu buat kali pertama selepas terpisah 47 tahun, baru-baru ini.
Kakaknya, Bun Chea kini berusia 101 tahun manakala adik lelakinya berusia 92 tahun.
Menurut Sen, dia seakan tidak percaya dapat bertemu dua beradiknya itu selepas sekian lama.
Saya meninggalkan kampung sejak lama dulu dan memang tidak pernah balik lagi.
Saya selalu fikirkan yang abang dan kakak saya sudah mati.
Dapat memegang tangan kakak amat bermakna dan ketika kali pertama adik lelaki saya menyentuh tangan, saya mula menangis,” kata warga emas itu.
Chea yang membesarkan 12 anak sendirian selepas suaminya dibunuh Khmer Rouge berkata, selama ini, dia percaya adiknya sudah meninggal dunia.
Seramai 13 orang saudara kami dibunuh Pol Pot dan kami sangka dia salah seorang daripadanya.
Kejadian itu terlalu lama, saya tidak pernah sangka dapat jumpa dia semula,” katanya.