3 Ekor Anak Kucing Menumpang Kasih Dari Ayam Betina

Ketika seorang petani terdengar bunyi pelik dari kandang ayamnya, dia risau jika haiwan tersebut berada dalam keadaan bahaya.

Namun selepas membuat pemeriksaan lebih teliti, petani tersebut, Goran A Surchi menyedari dia sedang mendengar kucing mengiau.

Untuk beberapa waktu, saya terdengar bunyi meow datang dari kandang ayam dan saya ingin tahu apa yang sedang berlaku kerana khuatir ayam kami dalam bahaya.

Goran tidak dapat mencari dari mana datangnya bunyi itu namun ketika dia mengangkat salah seekor ayam betinanya, beliau telah menemui tiga ekor anak kucing yang comel.

Bila saya sedar bunyi meow itu datang dari bawah seekor ayam, saya bercadang untuk merakamnya agar tidak terlepas saat unik ini.

Ayam betina bagaikan memahami

Anak-anak kucing itu yatim piatu dan telah menemui tempat menumpang kasih dengan seekor ayam betina, yang memberikan kasih sayang sebagai pengganti ibu bapa.

Ibu kepada anak-anak kucing itu telah lemas di sebuah tasik berhampiran ladang dan Goran telah menemui bangkai kucing tersebut.

Goran terkejut melihat ayam betina itu bagaikan memahami perkara tersebut dan menjaga anak-anak kucing itu.

Goran telah berkongsi pengalaman luar biasa itu di TikToknya dan ia telah menjadi tular.

Videonya telah ditonton lebih dari 350,000 kali di mana ramai yang memberi komen dan menyukai aksi anak-anak kucing yang comel bersama mama baru mereka.

Ya ampun, ini adalah perkara paling comel yang pernah saya lihat.

Sumber: Metro UK, TikTok Goran Surchi