ᴡᴀɴɪᴛᴀ ᴊᴜᴍᴘᴀ ɢᴀᴍʙᴀʀ ꜱᴇɴᴅɪʀɪ ᴅɪɪᴋᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʙᴜɴᴊᴜᴛ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴋᴜʟɪᴛ ᴜʟᴀʀ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴀʟᴍᴀʀɪ ʙꜰꜰ

Santau4
Santau-santau ni rupanya wujud juga kat luar negara, cuma cara diaorang je lain, kadang-kadang diaorang punya ni lagi another level.

Itu reaksi netizen kita bila ternampak gambar wanita ini diikat dengan benda-benda pelik dalam almari BFF dia sendiri.

Terjumpa benda ni dalam almari kawan. Saya gadis pada gambar. Tidak pasti apa maksudnya. Ada sesiapa tahu apa ini? Dia sekarang ada dekat di bilik mandi dan saya agak takut untuk berhadapan dengannya”.

Dia terjumpa gambar itu dalam almari kawan dia semasa si kawan tu tengah pergi ke bilik air. Gambarnya diikat dengan bungkusan plastik berwarna biru dekat ranting bunga ros.

Ikatan itu dimasukkan kedalam satu botol yang diisi dengan air yang dah keruh pada tahap suku. Lebih mengejutkan, dalam bungkusan itu rupa-rupanya ada kulit ular, kemenyan dan darah. Dekat bungkusan itu dikepilkan sekali dengan subangnya yang dah hilang.

Berikutan itu, ada seorang netizen menjelaskan maksud disebalik tangkal itu.

Katanya, ada kemungkinan kawannya tu ada dengki dengan wanita ini. Dia dikatakan nak cuba buat hidup wanita itu susah, batang ros itu simbolik kepada perkara yang berkaitan cinta dan penyebab hati berkecai.

Warna biru itu melambangkan kesedihan, kemurungan, putus harapan, emosi tidak stabil dan co-depency yang dikatakan dia takkan boleh lari dari perkara-perkara negatif di kelilingnya.

Biarpun kejadian ini berlaku di Afrika Selatan, netizen di Malaysia juga terkejut apabila apa yang berlaku pada wanita ini membuka mata supaya berhati-hati dengan orang yang dekat dengan kita.

Malah ada netizen dari negara tersebut, santau di negara mereka memang kuat.

Malah, ramai juga yang terkejut bahawa di luar Malaysia juga ada orang mengamalkan perkara-perkara mistik ini.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengecamnya kerana selongkar privasi orang.Hurm, tapi kalau tak selongkar tak tahu pula kan apa yang terjadi kat kita.

Sumber: Lobak Merah